Hai, Unimap!
Assalamualaikum dan haaaiii everyone,my beloved readers. Dah nak masuk dua bulan tak update dan 4 minggu telah berlalu. Apa 4 minggu yang lalu? Result UPU, of course! Sengsara jugak tunggu result upu sebab dari bulan lagi aku cuti dan sekarang dah nak sambung belajar.
Hmmmm kat mana pula aku kena campak? Alhamdulillah, tercampak ke negeri nun hujung di utara, Perlis TT TT Ni memang second choice aku dan tak sangka memang tercampak jauh betul. Alhamdulillah setelah tamatnya zaman asasi, aku masih diberi peluang untuk sambung belajar ke peringkat degree...
Kos apa? Alhamdulillah, kos yang aku nak dan aku pun letih nak sebut bila orang tanya. Panjang sangat nama kos ni. Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan. Alhamdulilah, memang dalam pilihan kedua aku dalam upu. So siapa no 1? Kos sama tapi di UTM..hhuhu tak cukup pandai lagi nak masuk UTM (huk huk huk). Okay enough with UTM sebab story Unimap best jugak!
Last day orientasi dan langit pagi tu lawa sangat! |
5 hari orientasi dari 26/8 sampai 30/8 dan biasalah memang banyak tidur masa taklimat dah la dewan dengan aircond semua memang seronok tidur . Banyak beratur dan tunggu tu benda biasa especially bila nak makan atau solat so kawan-kawan aku yang bakal nak orientasi nanti, semoga tabah ='))
Majlis Aku Janji |
Dan ni antara gambar best masa aku pergi perpusataan unimap. Terharu weih sebab besar sangat dan banyak port nak study, dah la boleh tahan dekat jugak dengan School aku. By the way, kat sini kiteorang panggil school (pusat pengajian). Macam aku under mechatronic, so aku akan belajar di School Of Mechatronics.
PPK Mekatronik |
So kos aku ada lebih kurang 80 orang dan yang ni pelik biarpun egineering tapi perempuan ramai. Budak lelaki lain masuk FTK, ada yang mekanikal, mekatronik dan lain-lain. Memang kos ni ramai perempuan dan lebih kurang 20 orang kot ada chinese (yeahhhh dapat chinese friends). Masa borak-borak sikit dengan diorg, aku rasa awkward jugak sebab tak tahu nak guna Eng or Malay tapi aku rasa best guna Eng kot boleh improve language aku ='))
Secret Recipe aka library |
Katil baru yeahh |
loker baju boleh tahan besar |
Roommate aku orang langkawi dan ex-matriks langkawi. Housemates aku rasanya half of them from STPM so umur diorg tua setahun dari aku, maka aku pun teragak-agak lagi di sini nak panggil guna nama atau 'kak'. Aku takut panggil guna nama macam tu dikata rude pulak tapi diorang okay je suruh panggil guna nama.
Ada meja makan weih *shook* |
Banyak lagi gambar yang ada aku tangkap masa orientasi semua tapi sebab internet tak mengizinkan aku malas nak tunggu. Apapun, semoga kisah asasi jadi pedoman untuk aku berjaya dalam degree ni. Aku tak nak dah result biasa-biasa, aku nak belajar elok-elok. Study hard bukan study smart sebab kita tak berape bijak sangat so kena study lagi gila hahahaaa
Semoga 4 tahun akan datang, aku berjaya graduate dengan result elok dan mendapat pekerjaan yang baik. 4tahun nanti aku akan buka balik entry ni dengan harapan yang sama. Goodluck untuk rakan-rakan-rakan yang lain dalam apajua kos anda, semoga nanti 4-5 tahun kita dapat grad sama-sama dan jumpa pulak di masa akan datang. All the best!
Sekian sahaja dari aku, students of electronic biomedical engineering.
Assalamualaikum dan semoga jumpa lagi di entry akan datang, Fleurist!
salam... best x biomedical electronic? saya pun nk apply kos nih .... tpi ragu2 lgy
ReplyDeletehai, jarang orang interested dengan unimap hehe. kos biomedic menarik sebab belajar macam2 ^^
Deletehi.. i am planning to further stdudies in chemical engineering in unimap.. how is that course ???|
ReplyDeletehai there, tak sure pasal chemical engineer tapi kolej berada di wang ulu, tempat belajar pun sekitar di situ
DeleteAssalamualaikum, utk degree kejuruteraan elektrik ditempatkan di mana ye...adakah hostel dan tempat kuliah kawasan yang sama. Survey utk ansk uncle...
ReplyDeleteHi, loker takde cermin ke ataupun dlm bilik dh disediakan cermin
ReplyDeleteHi nk tnye, kalau masuk unimap boleh bawa kereta tk>
ReplyDeleteRespect and that i have a super offer: Whole House Reno whole house renovation
ReplyDelete