Zatiyah Dakwiyah (TSM)

23: Zatiyah Dakwiyah
Daripada buku Tarbiyah Sampai Mati (Diterbit oleh Muassis)

Benda paling tak best dalam tarbiyyah ini bila cuti, bila ikhwah terperangkap dalam suasana yang tidak solehah. Jauh dari kumpulan orang baik mereka. Sehingga muncul persoalan seperti berikut saban tahun dari generasi demi generasi.

"Macam mana nak istiqomah masa cuti?"

"Macam mana nak sentiasa bersemangat dengan tarbiyah dan dakwah tanpa support system?"

"Sebab apa lepas grad eamai yang gugur?"

"Sebab apa bila liqo' tak jalan, murabbi senyap, mutarabbi pun senyap, sunyi sepi?"

Dan banyak lagi persoalan persoalan yang pattern macam tu. Yang menjurus kepada kesimpulan, macam mana nak bagi bersemangat buat dakwah tanpa pengaruh luar. External factors.

Nak cakapnya betapa kita ni sangat affected dengan external factors. Affected dengan persekitaran, dengan kawan, dengan semangat orang lain, kene tunggu kene basuh dan sebagainya.

Akh A pernah bertanya kepada Akh B,

"Macam mana nak kekal istiqomah."Nampak tak ada redundancy kat situ. Nak kata besarnya persoalan ini.

Lalu Alh B menjawab, "Senang je, ikhlas. Buat kerana Allah"

"Amboi idealnya jawapan". Getus Akh A dalam diam, sambil terpaksa menelan realiti yang pahit.

Sebenarnya isu ni penting. Wajar dibincangkan. Persoalan bagaimana nak mulakan rasa semangat berdakwah dari dalam diri, bukan dari luar ke dalam.  Bukankah perubahan itu patut dalam diri kita? Sepatutnya factors hanyalah catalyst, hormone yang dirembeskan untuk tingkatkan rate kita.

So, bagaimana?

Teringat satu tajuk perkongsian yang pernah dengar suatu ketika dulų Zatiwah Dakwiyyah. Bukan maksudnya seperti dakwah fardiyah yakni dakwah kepada individu, tetapi memulakan dakwah dari diri sendiri. Zatiyyah kat sini lebih tepat kalau bahasa moden kita sandarkan pada perkataan immanent, bagi yang menghargai bahasa Inggeris. Selalunya orang yang berlebihan semangat Islamnya tak terima bahasa Inggeris, tak Islami kata mereka.

Zatiyyah Dakwiyyah, macam mana?
la bermula dengan membetulk beberapa kefahaman asas kenapa kita berdakwah. Sekurang-kurangnya ada  tiga point yang yang boleh didiskusikan.

Pertama, please bear in mind, semat dalam fikiran dan faham betul-betul vang suatu hari nanti kita semua dihisab secara fardi, sendiri-sendiri, secara individual.
Tak kisah lah siapa murabbi kita, mursyidul am ke, dan siapa halaqah mate kita, kita dari group mana, anak siapa, masing-masing akan dihitung amal mereka secara individu. Orang lain, baik yang dekat mahupun jauh, apa hubungan sekalipun kita dengan dia masa kat dunia tak dapat nak tolong mudahkan hisab kita.

Allah jelaskan;

Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri
sendiri. [Maryam: 95]

Datang kepada Allah secara sendiri. Fardi. Dah takde orang nak backing kita. Dah tak ada external factors bantu kita. Bunyi macam individualistik dan pentingkan diri kan. Tapi, kefahaman inilah yang akan menghidupkan dakwah dalam diri kita. Akan menghidupkan zatiyyah dakwiyyah.

Masa dihadapkan untuk dihisab, dan sendiri-sendiri, kena soal sendiri-sendiri jawab pun sendiri-sendiri. Apa jawapan kita nak siapakan di hadapan Allah SWT nanti?

Jadi jangan berbangga atau rasa berjasa dengan kejayaan kolektif itu semata-mata. Sebab kita dihitung secara individual. Dan jangan juga tunggu untuk dipush selalu. Beramallah untuk selamatkan diri kita sendiri terlebih dahulu.

"Macam mana nak check kita dan ikhlas ke tidak?"

"Tengok apa yang kita buat bila bersendirian."
Padu. Ada tally nya equation ini.

Jadi akhi, apakah yang menyekatmu untuk mara ke hadapan?

"Diorang pun senyap bang."
"Segan lah, sorang-sorang."
"Rasa lemah lah, liqa' tak jalan."
"Murabbi tak tanya dan tak suruh pun."

Mengapa masih menggunakan dialog-dialog ni, bukankah kita akan dihadapkan secara fardi suatu hari nanti?
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada diriku dan dirimu untuk menyalakan semangat berdakwah dari dalam diri. 

"Apa point dua dan tiga?".
Nak tahu kena lah stay tuned.

Comments