Kejayaan Yang Sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,keluarga dan para sahabat baginda

Trial Spm : 17 Ogos 2015

Kejayaan milik semua orang.
Jangan pernah kita merasa yang kita tak mampu untuk
mencapai kejayaan. Kita ialah manusia.

Every soul deserves to achieve their dreams.

Kejayaan bukan milik pelajar target sahaja tapi milik semua manusia yang berusaha.
Jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah SWT.

Kasih Allah SWT kepada hambanya melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Maka,berdoalah kita kepada Allah.
Mengharapkan segala perkara di dunia dan di akhirat dipermudahkan.

Andai kita gagal,itu adalah proses biasa dalam kehidupan seseorang manusia.

Bangkit dan berusahalah! Untuk diri kita,masa depan kita,keluarga kita,negara kita dan agama kita.

Tiada faedah jika kita menangis untuk perkara sama. Menangislah untuk menadah kasih Allah sahaja.

Andai tercatat di Luh Mahfuz yang umur kita pendek, ingatlah..kita hidup kerana ingin mengejar rahmat Allah bukan rahmat manusia.

Kerana rahmat Allah itulah menyebabkan kita masuk ke syurga Allah.



Usaha tanpa doa
tiada gunanya
hanya menunjukkan kita
hamba yang sombong
Doa tanpa usaha
tiada bezanya
hanya menunjukkan kita
manusia yang malas ..

Bangkitlah wahai remaja sekalian. Jangan biarkan masa depan kita punah ranah disebabkan cinta dan masalah sosial. Cintailah ilmu kerana Allah SWT.

In Sha Allah..

Comments