Sijil Pelajaran Malaysia 2015

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah dapat membuka semula blog aku yang terchenta. Last post beberapa bulan yang lalu dan aku kembali menyambung perjuangan untuk menulis bunga-bunga hikmah untuk anda. Hikmah ke? Moga Allah meredhainya..

Alhamdulillah, 5 tahun berjuang di sekolah menengah biasa. Kawan beribu dan minat ramai anak orang termasuk classmate sendiri. Cerita lama,buat apa dikenang. Sungguh la,tahun akhir orang kata tahun merdeka tapi perjuangan nak merdeka perlu kita usahakan. Tahun 2015 adalah tahun paling letih,tahun banyak kali demam,tahun banyak kali ada drama dalam kelas dan tahun paling banyak ponteng kelas( tak datang sekolah mungkin?) Cerita lama.. 2 Hari Lagi nak SPM.

Bercakap pasal SPM,sungguh..macam-macam perasaan ada.

1. Berdebar/Nervous
-Mestilah berdebar. Nak masuk Uni perlu ada Result SPM. Then,result perlu flying colours. Kalau tak,boleh flying kick dengan mak abah -.-" In sha Allah,aku berhajat untuk membuat Asasi Sains Hayat di UM

2.Gembira/Happy
-Gembira lah sebab dah habis sekolah. Sungguh la aku cakap,5 tahun sekolah di tempat yang sama,banyak tempat rahsia saya jumpa. Nak muntah pun ada tengok bangunan 4 segi sekolah yang sama.Then,aku pun gembira sebab nak baca banyak buku doktor dan layan anime,taiwan,thailand and korea drama. Hohohoho

3.Sedih/Sad
- 5 tahun berkawan lah..mestilah sedih bila nak berpisah. Tipulah kalau anda semua kata

" Nasib baik dah nak habis sekolah. Dah tak perlu tengok muka sepuluh sen orang tu"

Muka orang tu la korang akan mimpi siang dan malam sampai keluar result spm.Walaupun kita benci classmates kita,sebenarnya kita suka berkawan dengan classmates kita sebab perangai mereka yang beraneka (skema terus ayat)..jarang boleh jumpa spesies macam mereka kat uni nanti. Aku pun akan rindu deskmates aku. Selalu kacau dia and buat dia menangis tapi aku pujuk balik la.. =p

Bagi saya,1001 perasaan ada dalam diri kita tapi kita tidak tahu macam mana nak tafsir perasaan itu. Kadang-kadang,kita senyum bila ingat semula kejadian pelik masa lepak dengan kawan. Kadang-kadang,kita lap hingus sebab teringat perangai jahat kawan yang buat kita menyampah and so on.

Saya selalu dengar daripada senior aku.. "Zaman sekolah adalah zaman paling manis dan kalau boleh,nak naik time machine then travel ke masa lampau" Maka,marilah kita hargainya sementara ia masih ada.


Sempena 2 Hari lagi nak SPM, aku.. Nurul Ahsanah Ain Binti Razali ingin memohon maaf atas segala salah silap saya.Kepada semua calon SPM 2015,lakukan yang terbaik kerana kita harapan ibu bapa dan sekolah. Tak kira anda dari mana tapi kita semua akan kembali ke tempat yang sama iaitu Mati. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kita.
In sha Allah, aku akan tamat semua paper pada 30 November. Doakan aku menjadi seorang doktor mukmin yang dapat berbakti pada masyarakat dan negara dan semoga anda semua berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..

May Allah bless us and ease everything for us.

cantik kan aku tangkap gambar? 

Comments