Part Of My Life



Lost Idea nak menulis heh?


Assalamualaikum dan selamat malam, sahabat semua. Alhamdulillah, safely arrived this morning from Dengkil and took 8 hours maybe(?) nak sampai ke rumah kesayangan. Alhamdulillah juga sebab selamat menduduki test Bio pada rabu 3 hari lepas even tak sure perform ke tak aku punya jawapan kat kertas tu (yang penting aku dah khatam 3 bab dan aku dah buat terbaik huh!). 


Alhamdulillah jua! Aku dapat menghadap semula blog terchenta selepas 3 bulan aku tinggalkan (Last post was July - How Was My Life) . Seseungguhnya, sangat rare bagi aku kalau nak update blog sebab aku busy sangat (ceh konon) . Dan sebulan bersama classmates plan event #FitDengkilA7 dan Alhamdulillah berjalan lancar meskipun ada problem sikit2. 


Jujurlah, payah jugak asasi sebenarnya! Menyesal ke masuk asasi? Semestinya TIDAK! Inilah dream aku sejak form 4 sebab lepas habis asasi, aku planning nak buat MBBS dan chance nak jadi dotor still ada lagi. In sha Allah... Moga Allah permudahkan.


In my previous post, aku just cerita serba sedikit tentang suasana mula-mula masuk kelas maka post hari ni, aku nak cerita beberapa kes-kes lawak yang berlaku semasa aku belajar di asasi sains 


1. Kene 'bungkus' masuk bilik lecturer dan diberi 'tarbiyyah' tentang chemistry.

2. Tersilap 'masuk' kertas pembetulan melalui lubang bawah pintu bilik lecturer sedangkan lecturer kemungkinan tengah solat  =_=' 

3. Terjatuhkan kuah roti canai atas kasut somone. Sungguh aku rasa bersalah sampai sekarang (Mujur lelaki, kalau perempuan buat drama tv3 suku lahh)

4. Usik housemates dengan tutup lampu dan pintu bilik dia 

5. Buat muka 'pelik' time tangkap gambar( style aku sometimes)

Itulah serba sedikit kisah-kisah yang berlaku dan aku tak nak cerita banyak sangat sebab malu kalau ingat balik lels. Betul la apa orang kata, bila masuk universiti, kita akan belajar tentang kehidupan yang sebenar. Yup, banyak jugak berlaku yang mengajar aku tentang kehidupan yang ada bahagia dan sedih. Mungkin zaman sekolah kita rasa kita pandai tapi bila masuk universiti, tiba-tiba kita di bawah. (Serious tiba-tiba lels)


Sepatutnya kita sedar, gagal sekali bukan gagal selamanya. Aku mengaku life asasi memang challenging especially budak sekolah harian macam aku sebab kene dapt dengan English language during lecture tapi aku ingat pesan parents, cikgu,lecturer dan kawan-kawan.


Jangan putus asa! Pergi mana-mana even merantau jauh sampai luar negara, ingatlah kita bawa harapan mereka juga. Kalau kita dulu budak baik, teruskan untuk jadi lebih baik. Kalau kita budak jahat, jangan putus asa nak jadi baik. Belajar bersungguh-sungguh, cuba pergi masjid every day, Al-Quran everyday dan tanya lecturer kalau tak paham something. Malu tanya time lecture, maka malu lah kita nanti asyik garu kepala time exam sebab tak dapat jawab!

Everyone deserves a future. A bright future!

Moga kita semua tak berputus asa dalam menuntut ilmu dan juga.. Moga Allah terus bimbing kita dan rakan-rakan lain agar tidak mudah berputus asa dari rahmat-Nya.





"And again, in this very last ayah, we vow asking guidance from Him, yet we treat al-Fatihah just like some sort of a subconcious mumble?
#Fatehah








Comments