Mid Sem Break!



Assalamulaikum dan salam pembuka bicara. Huk! Sekian lama tak meng-update blog kesayangan dek kesibukan dan ketidaksempatan masa ( bahasa melayu dah beterabur -_- Harap cikgu tak marah).   
Sebenarnya, mid sem break aku telah bermula pada sabtu yang lalu iatu 27 January. Balik bersama assignment weih. Haru betul tapi nice lah boleh study kalau tak memanjang tengok drama.





Salam pembuka sem 2. Sepanjang dua bulan di sem 2, banyak benda baru aku nak cerita tapi aku cerita good news la dulu. First, pada bulan 12, aku ade masuk pertandingan review buku anjuran syairakat Penerbitan Wahai and aku buat review pasal buku #Chenta. Aku tak expect nak menang sebab macam cliche aku punya ayat. Huh. About sebulan jugak aku tak dengar khabar pasal pertandingan tu, tiba2 ade noti kat fb and aku menang weih TT_TT


Yup, hadiahnya adalah buku Kitab Sang Engineer by Farhan Al-Banna. Aku punya la tunggu syarikat tu release buku tapi alhamdulillah, dapat buku free. Hehehee.

Second punya cerita best, masa hari first day class, mula-mula lecture physics tapi sejam je so cancel. Pukul 8 and aku pun sakan la kejap. Pukul 9 tu baru ade kelas. Aci je sampai depan bilik kuliah..

"Ustazah!!"
"Ain!!"

Haila, aku sayang classmates. Tak sangka pulak meriah betul panggil nama aku sampai aku rase secondhand embarrassment. Yup, aku rapat dengan semua member dalam kelas tu =') Macam nak tinggalkan asasi weih kalau dah sayang. Ingat lagi pesan Husna masa sem 1..

"Weih, jangan rapat sangat. Nanti sayang"

Lebih kurang gitulah tapi nak buat macam mane dah rapat huk. Sampaikan ade seorang hamba Allah ni, dia save nombor aku as Petite Angel. Ngeh, aku nangis weih. Sumpah aku sebak -_-"
Mungkin aku terbawa-bawa perangai childish dari zaman sekolah sampai sekarang. Ye la, ade kawan aku cakap memang aku dah dicop sebagai budak gila2 dalam kelas. Hmphh.


Aku memang putus fius dari zaman sekolah lagi tapi diorang pun sama. Jenis tak cukup litar
keh keh keh (A7 sahabatku, jangan marah :p )


Tamatlah kisah gembira2. Haiyaa. Bermula kisah sedih pulak. Begini ceritanya..

Pada satu malam tu, aku tengah study math, entah kenapa aku rasa macam sesak sangat and aku rasa macam burst je masa tu. Aku rasa macam terlalu sedih sampai tak tahu nak buat ape. Aku pun dah tak tahan, aku macam perlukan someone untuk aku bercerita (Yup, obviously wajib mengadu kat Allah jua sebab Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Dia lebih tahu tentang kita).

"Assalamualaikum Dr, esok dr free tak? Saya nak jumpa dr (tak related dengan hal pelajaran)"

Iye, aku pergi jumpa lecturer aku sebab aku rasa pengalaman kene basuh dengan beliau masa sem1 agak berkesan. So, aku pun decide nak jumpa Dr. Masa sampai kat bilik beliau, aku tak tahu macam mana nak al-kisah masalah aku. Tak sampai 2 minit, aku dah nangis.

Sebenarnya, time tu aku still tak boleh lepaskan cita-cita lama. Aku sedih sangat sebab aku rasa aku dah boleh give up and buat pilihan lain tapi aku silap. Aku stress sampai aku tekad nak belajar gila2 untuk sem2 supaya dapat back up sem1 pointer. Weih, sumpah stress. Tak pernah lagi sepanjang hidup, aku menangis banyak kali dalam sebulan.


Masa bercerita masalah aku, ade kisah lawak berlaku kejap. Aku bukan lupa, tapi memang sengaja aku tak bagitau kawan aku yang aku nak ponteng tutorial bio. Kecoh la sekejap classmates girls sebab takut aku jatuh longkang la, sesat la sebab aku tak angkat call. Hahahhaaa aku gelak gile time masuk next class. Semua tanya aku macam aku buat jenayah.

"Kau pergi mana ha?! Dah la tak angkat call"

Nasib baik la classmates aku memahami and aku cerita kisah benar pada certain people je.
Aku harap kalau ade classmates aku tengah baca sekarang, aku harap korang faham situasi aku masa tu. Aku tak pernah alami situasi macam ini. Even aku tak cerita pun kat parents aku pasal aku sedih, nangis macam orang gila, stress sebab aku tak nak mak abah aku risau =') 


Dan Alhamdulillah, aku tersangat-sangat okey sekarang. Aku boleh lepaskan cita-cita aku. Aku makin bersemangat nak belajar, even aku gagal sekalipun, aku takkan give up dalam belajar sebab aku yakin.. Allah tak akan. Never, Mmempersiakan usaha-usaha hambaNya. 


"Legend mana boleh berputus asa- Mato" 

Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita semua. Amin.

Seeya, In sha Allah, next time. Lepas habis asasi.



Comments