Biomedical Electronic Engineering


Sunset in Perlis


Assalamualaikum dan hello semua TT TT. Dah dua bulan tak update blog sumpah rasa bersalah, nak cakap busy tu betul jugak tapi sempat je aku layan drama =')) Mungkin aku takde content nak update blog masa tu kot tapi sekarang dah ada! Yeah!! First of all, dah dua bulan aku stay di Perlis dan aku suka environment  kat sini. Tenang, hijau, sekejap hujan, sekejap panas, dah takde bunyi kapal terbang macam kat dengkil dulu, malam-malam boleh stargazing dari tingkap bilik ^_^


Dah dua bulan stay dengan housemates baru, 5 housemates aku kos iKOM, sorang mekatronik, sorang mekanikal dan sorang lagi biomedik (aku la tu huhuu). Sem 1, subjek aku boleh than la..still tak terasa cabaran lagi (biarpun dah stuck macam-macam tempat TT TT)

Subjek Biomedical Electronic Engineering 1st Year

- Circuit Theory
- Engineering Mathematics 1
- Computer Programming
-Skills & Technology Communication
- Asian and Islamic Civilization 


Aku paling lemah kalau pasang components kat board TT TT

This thing is not a joke #bukansenang ='))

Circuit Theory macam belajar kat asasi dulu tapi kami belajar detail pasal circuit. Aku rasa otak aku sekarang dah berselirat dengan macam-macam wayar dan litar. Silap hari bulan boleh short-circuit kepala ceihhh. Then, Computer Programming, dia punya dugaan nak paham tu masya Allah, memang boleh nak shut down laptop bila-bila masa je xD Biasalah..aku mana ada basic programming and computer dari sekolah so bila dah tetibe tukar haluan dari Science to Engineering memang terkial-kial la jugak. Yang penting, jangan give up awal je belajar semua benda ni =D


Pasal coursemates aku, mostly dari matriks dan STPM, 6 je la kot dari asasi and kos kami ada international students. First time jugak aku ada member chinese and aku excited la jugak nak share culture and religion each other. Diorang friendly and mudah je nak cakap dengan member yang lain. So, memang pilihan betul la aku pilih nak masuk universiti yang campur-campur =)




However, satu benda je..aku rindu nak main netball dengan kawa-kawan kat asasi dulu. Sini, dah la payah nak pinjam bola, jadual kelas pulak mostly sampai petang, weekend banyak homework dengan tutorial nak buat plus ada kokurikulum, aku pilih masuk St. John sebab nak belajar pertolongan cemas.

Makanan kat cafe sini okay, harga murah cuma sedih sebab takde sotong dan udang TT TT Hari-hari makan ayam boleh jemu. Nak keluar jalan-jalan bukan semudah macam dulu, tekan je uber, kereta dah sampai pastu nak pergi IOI City Mall 15 minit dah sampai. Sini, kalau aku nak acah keluar gi shopping mall kene pergi sampai ke Aman Central, Kedah ='))

Aku rasa cukup la sampai sini, nanti next month kalau ada masa sebelum nak final, aku akan update lagi blog terchenta ini ceihhh =3 Thanks for coming here to read my life story. Aku harap semua dipermudahkan segala urusan dan hal belajar. Happy study semua! Study hard and let's do well in everything. Last but not least, stay healthy and happy =) May Allah bless you

Assalamualaikum and byeee!! *virtual slap high-5* 

Sunrise in Perlis #bless



Comments