Ageless




Assalamualaikum and hello semua readers! *peace*

Setelah sekian lama dan bulan januari aku takde update pun blog padahal aku cuti sem mengular atas katil je huhuu. Ada bahan nak update blog tapi entah malas teruk tapi sayang kalau tinggal berhabuk je blog ni.

Ageless?

Aku tak tahu nak borak ape pasal entry kali ni sebab aku just macam nak talk heart-to-heart pasal apa yang aku dah lalui setakat ni. Aku ageless bukan bermaksud muka aku babyface (tapi boleh jadi sikit kot ahahahah) tapi aku more rasa ageless dari segi pemikiran. Aku tak rasa aku matured and tak jugak childish. Kadang-kadang aku rasa aku stop growing masa umur 17 dari segi pemikiran (and also physically - aku tak tinggi-tinggi pun uhuks)


First, aku tak rasa pun aku ni sebenarnya, realitinya adalah pelajar universiti. Ye la, memang baru 1st year kot tapi kejap je rasa masa berlalu. Sumpah rasa macam semalam je stay-back dengan kawan baik kat sekolah tapi sekarang semua dah besar dan berjaya. Aku happy sangat tengok diorang berjaya and tak lama lagi boleh la aku nak tengok diorang kahwin dulu heih


Nak dijadikan, masa cuti sem , aku jumpa kawan-kawan lama, rasa macam baru je habis sekolah dengan diorang padahal dah 2 tahun lebih dah tinggalkan sekolah tu. Borak dengan diorang pasal life aku kat perlis, life diorang kat tempat masing tapi diorang tetap sama je. So, boleh jadi aku rasa ageless sebab aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang jenis perangai macam aku.


Takut la jugak masuk universiti ni dah kena jadi matured, serious pastu nerd je sebab dah tak boleh nak main-main sangat macam dulu. Tapi, rupanya tak jugak! Kalau pandai cari kawan elok, in sha Allah hidup kita okey tapi aku banyak baca thread/tweet cakap okey je kalau pergi mana-mana jalan sorang-sorang atau buat apa-apa kerja sorang-sorang sebab one day, kau kene depend pada diri sendiri dah.

To my friends yang tengah struggling dengan life masing-masing, sometimes kita rasa macam tak nak buat apa-apa right? sebab kita dah letih dengan criticism, perangai orang sekeliling, study, relationship or anything, kan? Kadang-kadang aku rasa semput semacam je time belajar, masa sem 1 aku selalu rasa macam letih lain macam sebab everything is so fast and need to be done in a short time. Tapi bila teringat kat parents, family, and friends yang selalu bagi nasihat even tengah busy sumpah dari menangis terus boleh buat balik homework huhuu. One thing je, kita semua boleh hadap benda ni and you know yourself better than others!


Ageless? 20 years old

Macam biasa, aku jenis mudah nak terhibur dan cari benda yang positif nak bagi semangat kat diri sendiri. Aku sometimes overthinking pasal benda-benda remeh tapi aku pun jugak jenis mudah tepis benda tu. Pelik jugak dengan diri sendiri ni huhuu tapi syukur Alhamdulillah. Makin besar makin mudah menangis pun ada dah kenapa ahahaha. Apapun, aku still the person yang korang kenal mula-mula. Kalau aku nak berubah, harap-harap ke arah yang lebih baik (-dan benda tu bukan mudah) 


Dan aku harap aku bahagia je jadi diri sendiri dan buat masa sekarang aku fikir nak belajar elok-elok dan berjaya buat benda baik tak kisah dari segi agama atau akademik. Yang penting, aku nak happy-happy je despite segala masalah ribut datang. In sha Allah..amiiin.

Sekian sahaja dari hati-ke-hati entry aku. Jumpa lagi kalau ada rezeki. Thank you for reading this and silently pray for me. May Allah bless you.☺


Comments