Old Skool


In slang, old school (or old skool) can refer to anything that is from an earlier era or anything that may be considered old fashioned.(wikipedia)



Assalamualaikum and good evening readers/fleurist! Selamat masuk ke alam blog aku sekali setelah 3 minggu last aku update. In sha Allah lepas ni rasa mcam nak update rajin-rajin blog kesayangan ni. Mula-mula rasa macam tak tahu jugak nak update apa sebab content blog aku ni tak 'tetap iman'. Sekejap sembang isu ni, sekejap sembang isu lain tapi tu purpose blog kan? Tak semestinya stick to one content/genre =)


Ceritanya macam ni, semalam aku pergi talk Inche Gabbana (beliau datang unimap =') happy teruk weih ahaks) So, dengarlah talk beliau, bedah buku pasal Aleppokalips and sembang pasal karya-karya terulung yang pernah beliau pernah tulis. Then, sampai satu point, ada seorang akak senior ni tanya beliau macam mana boleh terinspirasi nak menulis buku ni semua.


Ha! Bila dengar je jawapan Inche Gabbana ni, terus aku bersemangat nak terjah balik blog kesayangan ni and cepat-cepat rasa nak update. (In sha Allah, soon aku akan buat satu entry khas pasal talk IG lepas aku dah habis baca buku dia) Balik tu jugak, aku update la story and tersembang dengan seorang kawan sekolah aku. Dah nak dekat dua tahun jugak lah tak jumpa, tapi macam ada jugak reply 'story' each other. Then, semalam dia reply story aku pasal talk IG ni.


Usrah. Keperluan?

Semalam punya sembang, tetibe dia tanya "IG ada cakap pasal usrah tak?" Aku balas lah talk IG semalam cakap pasal kesedaran umat Islam tentang isu Syria, basically pasal buku Aleppokalips. Pastu tetibe dia cakap, "Join la usrah. It will open your mind" Bila fikir balik, aku  rasa fluttered la jugak baca ayat tu , macam 'dia jauh kot dari aku tapi still advice aku' Somehow aku syukur ada kawan macam ni. Yang ingatkan aku tentang kebaikan even masing-masing belajar jauh-jauh., dah lama tak jumpa (Time aku cuti, dia tak cuti and vice versa kejadian ni ahaahah bila jumpa? Time raya tahun ni la kot) 

To be honest, aku decide nak join usrah minggu lepas lepas sembang dengan seorang akak senior bawah fakulti sama dengan aku. Aku mcam 'eih ada usrah? tapi asal tak ramai tahu ni' Lagi mengejutkan, usrah ni dah start dari sem lepas =')) Time tu aku rasa nak marah kat diri sendiri pun ada sebab tak rajin nak turun surau masa sem 1. Sumpah rasa noob kejap time tu tapi syukur sebab hari tu aku almost tak nak turun surau sebab letih kelas habis pukul 7 petang. Macam bila fikir balik, syukur Allah gerakkan hati nak suruh aku turun jugak pergi surau siap terlintas satu ayat dalam otak:

"Kalau guna alasan letih, kelas habis petang, sampai bila-bila pun aku tak tergerak nak turun surau"

Pastu malam tu jugak, ada ceramah untuk pelajar diploma dan sekali lagi, Allah 'sentuh' hati aku melalui ceramah yang disampaikan oleh ustaz. Ustaz tu pesan "Jangan putus asa dari rahmat Allah". Time tu sebak weih tetibe bergenang air mata tapi aku acah-acah mengantuk la kononnya gosok mata sebab aku dah la seorang diri, takde trun dengan kawan-kawan yang lain. Malu pulak nangis time tu uhuks ='))

Bila teringat balik, aku selalu pesan kat kawan-kawan aku dulu guna ayat tu tapi bila datang situasi yang aku tak expect, aku pula dengar ayat tu. Rasa macam berat kat bahu tu terangkat dan rasa lega sebab rupanya,aku sentiasa ada harapan untuk jadi lebih baik ; dari segi pelajaran dan agama. Habis je ceramah time tu, kawan aku ada sampai, ajak aku baca al-Mulk dengan naqibahnya pastu ter-reveal la al-kisah kewujudan usrah di kampus aku =')) 


Aku admit, the whole semester 1, aku rasa kosong 'pelik'. Almost everyday kelas habis petang pukul 6 pm or 7pm gitu tambah lagi dengan subjects yang 'bunuh' pointer aku sem lepas ahaks =')) Computer programming dan Circuit Theory, memang time dapat result tu aku syukur sebab lulus jugak biarpun study teruk tak tidur bagai.

Dan aku nekad, sem ni aku nak jaga dua-dua. Ad-din dan pelajaran. Aku tak nak skip surau dan aku nak jaga pelajaran. Tak boleh la enjoy sangat weih, mak aku happy je tengok result sem 1 tapi dia pesan kat aku "Nak 3.5 untuk sem 2, boleh?" Allahu, rasa macam nak nangis sebab aku buat mak aku tertunggu selama setahun nak tengok achievement aku macam zaman SPM dulu. That's why, sem ni aku rasa nekad nak belajar bersungguh-sungguh dan jaga jugak hubungan dengan Allah Taala.

Then, at the end of the conversation, kawan aku pesan "Biarlah dikatan old fashioned, daripada ikut trend yang terbabas" Dia ada cakap lagi, "Definisi old fashioned bagi aku adalah semua perbuatan ikut syariat tak kira masa dulu atau sekarang" Aku macam termenung kejap nak paham and aku dapat la idea untuk pahamkan ayat dia.

So apedia weih? Dalam next entry aku cakap lagi pasal ni ahahahaaha #thuglife Tak tipu, nanti next entry aku 'comeback' better lagi untuk buat cerita pasal ayat kawan aku ni dan sedikit perkongsian daripada akak naqibah. In sha Allah, doakan kita semua istiqamah!

Sekian sahaja daripada aku tentang entry kali. Segala salah silap harap anda semua tegur. Jumpa lagi dalam next entry. Assalamualaikum and bye! *nak pergi basuh clay mask kat muka ☺ *

Comments