Green Flash

Assalamualaikum dan hello readers sekalian,

Dear diary...
Tamat Tahun 1 

pic from Google
Tak sangka setahun di universiti dah berlalu. Hectic, kalut , nervous, takut etc dalam masa setahun. Cycle of Life. Kitaran hidup. Bangun pagi dalam 6:30 am paling awal (kalau kelas start pukul 8 am)- dan kadang-kadang boleh terlajak nak dekat pukul 7 am. Dan pernah jugak sekali sebab tidur lewat, ter-miss kelas waktu pagi. Macam mana la dulu masa sekolah boleh bangun awal nak siap-siap pergi sekolah pukul 7 am? Hmmm mak yang kejutkan waktu dulu TT_TT 

Aku dari dulu bukan jenis makan pagi, sekolah dulu selalu minum susu , sekarang nescafe takpun milo 3 in 1 ahaahaha ='))  Aku suka je musim study (tapi bukan musim busy nak exam, nak hantar assignment on due date, nak practise lab demo etc) Sem ini jugak lah banyak drama air mata. Kenapa mudah emo makin besar ni?

Somehow aku mudah rasa sayang, attach kat something/someone even baru kenal. Sem ini jugaklah aku perlahan-lahan kenal definisi aku jugak-kinda find your true-self mission . Dan aku jugak berkesempatan attend satu kem usrah, belajar kita fiqh sikit which is aku suka sangat enviroment belajar kat kem tu. Aku teringat masa form 3, aku nak sangat masuk pondok sebab nak belajar pasal agama dan baru tahun ni aku berkesempatan untuk belajar. Alhamdulillah syukur..

Sem ini jugak aku macam tak suka diri sendiri.(Triggered Alert: Negative Vibes) Aku rasa aku ada sebut dalam previous entry post which is aku jadi class representatives. Serious, benda ni bukan mudah especially mental mudah koyak macam aku huhuu. Aku nak self-esteem aku yang dulu, nak confidence macam dulu. Aku harap sifat menyalahkan diri sendiri ni akan hilang sebab serious, aku rasa weak bila buat silap tapi seminggu aku tak boleh nak lupa. Then, aku pun teringat satu quote hlovate: 

To hate others is ugly
To hate yourself is uglier

Making mistake is part of our journey to become better. Nak capai state perfect itu adalah mustahil sebab kita akan sentiasa buat silap, sehebat dan sepandai mana pun kita. Tapi tak boleh nak rasa malu sebab setiap hari, kita akan bertambah lebih baik kalau kita berusaha. Renew our intention everyday and just get stronger.

Setahun di alam degree ni banyak mengajar aku.Terima kasih juga kepada rakan-rakan classmates, aku sentiasa rasa syukur sebab dapat classmates yang boleh aku socialize, nak bincang macam-macam benda. 3 tahun berbaki, aku harap bonding antara kami semua elok dan penuh dengan ukhwah dan makin rapat. -Biomedical Electronic Engineering 17/18-

Before twilight turns into night
I'll set aside today's sadness
Even a little, taking the long way is fine

There might be good things tomorrow
If I can become a little stronger
Yeah, maybe even you'll be able to see it
And you'll see my happiness too

Semoga hari-hari kita penuh dengan sunray, rainbow dan pemandangan yang lawa-lawa. May Allah bless us and guide us to the right path. Thank you for reading. I'll see you in the next entry in sha Allah. Byee~~ Assalamualaikum ^-^ 






Comments