A Smile

Be someone recognised with beautiful heart. So when you leave, that memory of you lingers - quote


Assalamualaikum dan hello salam ceria dear readers!

(Sorry for late entry, cakap lain buat lain)
Di sini nak susun jari untuk meminta maaf sebab dalam previous post aku cakap aku akan update new entry dalam hujung bulan 7 jugak tapi entah ke mana hilang mood. Kepada anda kalau ade yang tunggu, saya meminta maaf, kalau takde alhamdulillah (eihh ahahaks). Terima kasih kerana masih berkunjung di blog terchenta, macam aku cakap, aku akan cuba untuk update every month in sha Allah  =)




A smile

You come into my life
Leaving the best of your smile
Creating bittersweet memories
together with us

You come into my life
Turn it into a new leaf
Guiding me in this situation
with all your attention

This thorn path
We will walk together
To gather all the roses
to decorate our soul

-coldflower

Sekian sahaja poem yang hodoh dari aku. This poem is so random like the words just came in into my mind dan aku macam "oklahh macam pantun pun ada eih" Kan salah satu dream goals aku adalah nak buat buku kan? so mungkin la aku boleh buku cerita, poem atau papelah asalkan aku boleh share kepada pembaca luar sana tentang living the life, In sha Allah..

A smile. Senyum itu sedekah. Datang-datang kat family, kawan mahupun strangers (tapi bukan tujuan flirting okey ), senyum. Ada beza senyum dan sengih, kedua-duanya membawa aura yang lain. Untuk dijadikan cerita, dengan satu senyuman itu membuka permulaan 4 patah perkataan, "Hai. Nama awak ape?" dan the rest is history (kalau both sides know how to keep the conversation going )

Dan untuk dijadikan cerita juga, bagaimana dengan bersangka baik dan mengharapkan pada Dia dalam apa jua keadaan termasuklah waktu yang terhimpit, membantu dalam menenangkan hati kita. -Baru-baru ini aku diberi kesempatan untuk menyertai kem kepimpinan dan habis je program, satu kejadian bagi aku sangat mengajar aku untuk redha dan tidak berputus asa.

Aku hilang purse. Aku cuai, aku lupa =')) dan dipendekkan cerita, aku hanya sedar bila aku dah on the way ke rumah dan aku hanya berdoa kalau masih ada harapan untuk berjumpa purse tersebut, aku harap orang yang baik jumpa namun kalau sebaliknya, aku redha dan semoga orang yang guna purse aku tu untuk jalan yang baik (redha teruk time ni sambil menangis ahahaaa). Balik tu, bagitahu parents, buat report dan buat kad bank, tiga hari kemudian, aku dapat call dari balai polis yang purse aku berada di penang.

Terkejut? Obviously of course sebab dah buat semua benda kan, namun kat sini, aku betul-betul reflect dengan kuasa pengharaoan dan doa pada Allah. Namun begitu, apa kaitan senyum dan keadaan yang aku lalui ini? Jujur, masa aku realize yang purse aku hilang (kebetulan hari jumaat pada waktu itu), kawan aku pesan, berdoa dengan keberkatan hari jumaat dan aku sedang bermusafir. Aku cuba positif, bersangka baik dan serah pada Allah.

Dan alhamdulillah, masa tu aku tak rasa cuak pun instead aku call bank untuk block semua kad aku dan terus berdoa. Yang buat aku menangis sebab takut kena marah dengan parents sebab tak nak menyusahkan mereka =')) (Alhamdulillah tak kene marah sebab sebelum ni kakak aku pun pernah kene curi purse hehee)


Maka di sini untuk pesanan kita bersama-sama untuk meneruskan kehidupan ini, sentiasa untuk cuba senyum. Kuat dengan kuasa senyuman itu dan sebarkan positivity kita dengan senyuman. Moga Allah membalas kebaikan senyuman kita dengan rahmat dan redha Dia.

In sha Allah berjumpa lagi di entry yang akan datang. Assalamualaikum dan jangan lupa senyum!

^____^





Comments