Hang In There!

Assalamualaikum dan hai semua!

Salam 30 Julai 2019, dah nak masuk bulan 8. Sekian Terima kasih. Bye
.
.
.
Lol Joke

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di laman 'buku'/journal/diary yang dicintai. Silap hari bulan, takut berhenti menaip kerana mungkin kehabisan idea tapi alhamdulillah, masih lagi ada cerita atau topik nak menaip kat sini, dan mungkun untuk sesi 'curhat' (curahan hati lol).

Maka sebenarnya, diri ini tengah terdampar di kolej kediaman dek kerana gerak kerja MPP. 3 minggu je cuti lepas finale exam june haritu dan 11 julai dah lapor diri kene start gerak kerja. Sekarang dah nak masuk 3 minggu la kot kat sini tapi cepat betul habis duit =')) However bukan itu sahaja nak cerita.

Kerja = Bebanan semakin bertambah

*mengeluh yang panjang hhuuhhhh

Letih asyik hadap laptop lihat benda yang sama, sampai timbul rasa tak sabar nak masuk tahun 3 at least ada benda lain boleh buat selain buat kerja hadap laptop, kemas kini fail, laporan, paperwork dan lain-lain. Plus, ada idea baru nak decorate bilik yang akan datang lol Tapi itu jugak bukan main factor rasa jemu dengan kerja-kerja ni

Benda lain antara aku rasa macam nak give up bila timbul sedikit perselisihan, timbul kerja yang bertubi-tubi untuk merangka perkara baharu, dan segala benda makin pendam makin banyak yang terbuku dalam badan, dah rasa macam "lantaklah apa jadi, aku tak buat apa-apa hari ni". 

Sometimes, i do wonder with myself. What have already happened to my life? Segala benda macam escalated bak turun lif dari tingkat 99 ke ground floor dalam masa 1 saat. Perasaan yang rasa menjunam ni macam kalau cerita pada orang lain pun tak faham, dan diri sendiri tak faham dan jadi tak tahu macam mana nak overcome. The only way yang aku rasa untuk go through benda ni hanya untuk rasa tidak berhenti je, cuba untuk buang macam-macam soalan yang ada dalam kepala, dan cuba untuk fokus kepada satu benda sahaja.

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

"(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)"

Minggu lepas dalam Aida Azlin's TLL, beliau ada sebut tentang power of the above phrase, yang aku rasa 'the only type of semangat' that I've for now. Berserah pada Allah, dengan mengharapkan sepenuhnya pergantungan dan pertolongan daripadaNya. Iyelah, kita ni manusia yang powerless, kene tolak sikit dah nak jatuh apatah lagi trials (ujian hidup) yang makin ada, ia adalah tak bukan kerana Allah ingin menambahkan kekuatan pada diri kita.

Kenapa aku macam ini adalah disebabkan sebab aku pernah melalui detik yang sama macam ni tapi lagi teruk masa mula-mula nak adapt dengan situasi baharu, Allah tak tinggalkan kita seandainya kita tak tinggalkan Dia.

Percayalah pada aturan Allah, in sha Allah, kita akan merasa senang dan tenang. Dan aku percaya pada aturanNya sekarang. Segala bebanan yang ada sekarang akan selesai satu demi satu, seandainya diri ini tidak berprasangka jahat pada Allah SWT.

In sha Allah, Hang In There! Bertabahlah!




Comments