A Decade of Dried Flower

Dried Flower
I greet you every morning
You still bloom like before
Like the first moment I saw you

Baby Breath
Your beautiful born-name
And you still 'breathing' like before
Your small petals give me hope





Jeng jeng jeng! Tamat sudah entry hari ni *shut down laptop
.
.
.
nope, joke only :/ I've many things-lah to write in this entry. So where should I start?
ehem ehem..ehem 

[Disclaimer: Entry ini telah tersimpan lama disebabkan ingin mengupdate pada hari terakhir 2019 namun kesibukan Final dan buntu ingin menulis apa. Maafkan saya]

Menyambung sedikit poem yang dinukilkan di atas sedikit menggambarkan feeling aku waktu itu. Sentimental, syahdu dan mana-mana sad feeling la. Battling dengan cara hidup baru dengan sakit yang baru, kekuatan yang sedikit, semangat yang makin jatuh, entah kemana nak bawa diri ini.

Namun baru-baru ini aku membaca satu buku baru iaitu Tarbiyah Sampai Mati. Rupanya mungkin gundah gelana hati ini, sesak nafas menghadapi panic attack, depression berkait rapat dengan segumpal daging bernama qalb yakni hati.

Tidak pandai untuk berbahasa bunga seperti motivasi dan pendakwah di luar namun luar biasa ayat-ayat dinukilkan dalam buku itu walaupun 90% kandungan buku itu tentang ukhuwwah sesama para mujahid muslimin, mereka di bangku sekolah dan juga universiti serta sirah-sirah zaman Rasulullah SAW.

Berat juga hati nak me-reveal tentang kisah hidup aku yang baru melalui sedikit halangan yang berbeza sebelum ini, in sha Allah di post akan datang dan lebih detail. Sebenarnya kenapa aku pilih baby breath sebagai a dedicate flower dalam entry ini adalah selama aku jaga baby breath yang aku simpan dalam botol ini, bunga ini aneh sungguh ciptaanya. Walaupun dah termasuk kategori mati dan kering, petals mereka masih lagi kembang ibarat waktu mereka hidup.

Makin lama aku tenung bunga ini, semakin sentimental perasaan yang hadir waktu itu. Mungkin bunga ini ingin pesan kepada aku bahawa hidup ini perlu diteruskan walaupun kau dah rasa tiada apa-apa, namun kamu akan 'serap' suatu perkara di waktu yang akan datang. Maka teruskan hidup ini, embrace the illness and weakness that we have.


Dan aku yakin, Allah bersama kita untuk menghadapi hari-hari tersebut selagi kita juga ingin bersama-Nya. 

In sha Allah, sekadar itu sahaja posting entry kali ini, semoga dapat terus menyampung roh blog ini pada masa akan datang. Assalamualaikum.

Comments