Hari- Hari Terakhir

Assalamualaikum. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad. Alhamdulillah hari ni bersemangat nak update blog since dah habis exam. Syukur ke Hadrat Allah,selama 11 tahun di bangku sekolah,akhirnya tamatlah aku sebagai seorang pelajar.In sha Allah,jika dipanjangkan umur ..aku nak sambung belajar sebagai pelajar perubatan.

Riwayat sebagai pelajar sekolah

Hari ini adalah hari Isnin. Tamatlah sejarah hidup kami sebagai pelajar. Banyak perkara kami lalui,denda,kene cubit dan kena marah sebab tak siap kerja sekolah. Biasalah.. hidup seorang pelajar.
Alhamdulillah,hari isnin yang lalu,subjek Biologi , aku rasa aku dah jawab yang terbaik meskipun soalan agak mencabar. Ramai pelajar yang keluar awal dari dewan masa Biologi Kertas 2 termasuklah aku. Tapi, semasa Biologi 3.. aku tak sanggup nak keluar awal. Kononnya nak menghayati detik-detik terakhir dengan beberapa orang rakanku. Mostly,ramai yang keluar since tak sabar tapi ade lebih kurang 10 orang yang sanggup tunggu sehingga ke detik yang terakhir.

Tumpah air mata tatkala 2 minit terakhir sebelum tamatnya exam.

Haru biru la aku pun.. tiba-tiba emotional.Cikgu pengawas nampak kot tapi aku buat-buat nak tidur kononnya. Air mata tumpah jatuh ke Bumi Allah sebab terharu kot. 5 tahun di sekolah lama,view sama,muka kawan sama ( kene flying kick dengan kawan la lepas ni) and perangai haru-biru semua. Macam jenis kawan aku dapat dan aku terima. It's mean a lot to me. Era form 1 dan form 2 masih lagi aku bermain. Era form 3 mula terasa nak study kononnya PMR. Alhamdulillah,dapat la rezult baik.

Then,melangkah masuk alam form 4, masih lagi bermain tapi aku mula cenderung nak belajar sungguh-sungguh sebab nak achive cita-cita aku. Doktor Gigi [tapi sekarang nak jadi Doktor Perubatan di bahagian Kecemasan dan Trauma / NeuroSurgeon] The struggle is real. Cultural shock jumpa subjek baru. Addmath,Biology,Chemistry and Physics. Subjek ni bukan 'musuh' bagi aku tapi 'kawan baru' yang cuba nak berbaik dengan aku.Alhamdulillah,memang susah tapi aku paksa diri aku adapt dengan benda ni demi cita-cita aku.

Era Legend. Zaman Berdedikasi. Aku mula kenal diri aku 

Melangkah masuk form5,segala jenis benda dan kes muncul. Haru hidup zaman form5 tahun ini. First day sekolah dah 'terkena' dengan cikgu kimia. Maka,di situ la titik permulaan bagi kaum perempuan kelas 5 Amanah untuk memberi/menjawab salam dengan kuat. Tarbiyyah yang sangat berkesan bagi aku sampai sekarang masih segar dalam ingatan. Terima Cikgu Kamariah ^_^ Jasa mu sentiasa aku kenang. Then, silibus form 5 agak detail and susah sikit tapi tak banyak macam form 4 punya. Maka,beradaptasi la aku dengan silibus form 5. Balik pukul 5 petang sebab study group.

Gambar. Kenangan

Biology Paper 3 Exam Session


I got nothing but everything from Him

Susah dan senang di form5 telah aku lalui. Actually tak semua silibus aku tak sempat habiskan. Hanya main spot je . hehe. Dulu,agak sukar bagi aku untuk terima orang kata "Jangan nak honeymoon time form4" . So sekarang,aku nak ingatkan kepada bakal student yang akan melangkah masuk form4,jangan anda bermain-main dengan ayat ni. The struggle is real. Silibus form4 macam adik beradik form5. Kalau tak habiskan yang form4 ..payah nak adapt untuk form 5 so lakukan yang terbaik.



They say everyone wants happiness and that nobody wants pain but you can't have a rainbow without a little rain-Dr Azzah (Diagnosis 2)



Comments