Arkitek Jalanan and Me

Akitek Jalanan by Teme Abdullah

Assalamualaikum and welcome back to my beloved blog. Alhamdulillah for another day and thank you for patiently waiting my new post. Huhu, terharu dapat loyal reader eventhough aku tak tau siapa tapi tetap terima kasih =) Dua bulan je lagi untuk mula kisah hidup baru yang bakal penuh kesibukkan mungkin(?) maka bersyukurlah waktu lapang ni huhuhu~


Kisah Arkitek Jalanan. Buku laris habis masa PBAKL2017. Perghh aku tengok update tweet, huish orang selalu penuh kat booth Hijrah Indie sebab Arkitek Jalanan start baru jual hari tu. Jujur, aku paham hype pasal buku Teme sebab aku sendiri baca Pelukis Jalanan, buku rare la nak jumpa zaman sekarang. Teme ialah architecture tapi sempat menulis tapi aku..lehhh


Aku ada la terasa nak buat cerita dan hantar manuskrip kat mana-mana publication tapi aku rasa macam tak layak dan cerita aku mungkin hampeh tak best so aku just decide nak menulis kat sini je. Tapi, aku pun patut update cerita aku yang tergendala, #Inspiring  -__-" 

Okay, jom start bedah buku bersama saya dan hayati penulisan Teme Abdullah ! 
Dan sesiapa berminat nak beli #ArkitekJalanan boleh follow instagram (aindashrin) dan boleh Dm untuk detail dan order =) #iklanlalu

1. Fizikal Buku

Cover buku menarik dan Teme sendiri lukis. Cantik sangat sampai aku rasa nak sangat aku boleh menang la apa-apa lukisan daripada Teme =')) Kertas buku ni pun sumpah best, aku memang suka kertas buku macam ni sebab ala-ala duduk di old library in forest gitu. Ada 328 muka surat which is lagi tebal buku tu lagi aku suka (kecuali kamus!) Dan nak banding sikit, aku suka Teme letak sketch bangunan dalam Pelukis Jalanan tapi dalam Arkitek Jalanan takde tapi takpelah. Tetap cover nice habis!! Terbaik habis!!

2. Masa

Nak dibanding dengan Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan lama sikit ambik masa nak habis sebab jalan cerita dalam buku ni lagi detail dan perlu dihayati betul-betul. Bak kata Hlovate, kene hadam slow-slow~~ Pelukis Jalanan tu 5-6 jam aku habis baca tapi Akitek Jalanan, dua kali tunggu turn nak belajar kereta aku, baru aku boleh habis baca. 

Ye, tunggu turn belajar kereta memang lama. Aku pulak jenis takda data internet kat phone so aku akan bawa buku bila berjalan keluar. Takda internet boleh je aku hidup lagi, tapi kalau takde buku, masya Allah aku memang rasa nak nangis sebab bosan. So aku akan pastikan ada buku dalam beg!

3. Isi kandungan

Okay ni panjang. Aku rasa nak highlight je semua ayat-ayat teme yang best dan jadikan quote letak dalam jar (eih?) Dalam Arkitek Jalanan, aku rasa macam baca kisah Ahmad je tapi mula-mula je la. Friendship Ahmad dan Teme comel sangat tapi tak boleh beat friendship aku dengan kawan-kawan baik aku. Ceihhh tapi betul la, Teme dan Ahmad saling menasihati sampai aku banyak terkedu dengan ayat-ayat Teme dan teringat kat kawan-kawan aku yang belajar jauh-jauh.

"Berkawanlah dengan aku kerana Allah. Sebab kita sama-sama nak masuk syurga. Kalau kau salah, aku tegur kau. Kalau satu hari nanti aku tersesat, kau janga tinggalkan aku, kau kene bimbing aku baik.

Kalau kau hanya berkawan dengan aku kerana agama aku, kau akan tinggalkan aku bila hilangnya agama itu daripada aku. Kita bersahabatlah kerana Allah,"

Huh ayat ni sangat dalam bawah laut~ *nangis bawah katil* Banyak lagi ayat Teme yang best tapi nak aku buat double post pasal buku ni takut korang bosan pulak. Hehe~

4. Pengajaran

Bila habis je baca buku ni, aku baru sedar buku ni sumpah sama dengan kisah aku masa asasi. Teme, kenapa la tak release buku ni awal-awal ='(( Ye la, poiter asasi aku teruk la jugak, nak hadap soalan "Pointer masa tu berapa" ye la.. aku cemerlang masa SPM tak semestinya cemerlang sampai bila-bila. Tapi, bila aku baca Arkitek Jalanan, aku sedar aku masih ada peluang untuk buat terbaik untuk degree yang bakal datang. In sha Allah, aku akan buat terbaik demi orang-orang yang aku sayang! 

Kesimpulan, aku bagi 11/10 untuk Arkitek Jalanan . 'Terlebih skor'..yang tu untuk Ahmad sebab ayat-ayat dia semua buat aku nak tergelak besar. Lama dah aku tak terhibur sambil baca buku. Heih congrats Ahmad and Teme -__-" 

Setakat itu sahaja untuk book review pasal Arkitek Jalanan. Semoga yang sedang baca pun enjoy baca dan tak terkejut dengan cerita belakang kisah Teme (Sis terkejut loohhh~~ tapi kagum dengan Teme o_o) Sekian sahaja daripada saya, teruskan berjalan, teruskan senyum sebab satu senyuman boleh mengubah dunia mereka yang lain =) 

Assalamualaikum dan bye <3


Comments