2016 Resolution

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.Sekian lama jari ini tidak menekan keyboard laptop,akhirnya aku kembali semula dengan blog yang berwajah baru (Penat edit blog nak bagi nampak cantik).Blog ini juga boleh jadi rujukan para pelajar since aku akan cuba untuk buat nota-nota Fizik,Bio dan Kimia then aku akan upload di blog ni..In sha Allah.

Sebenarnya,masih menjadi masalah kepada aku sama ada ingin menggunakan 'aku' atau 'saya' ..dan pernah sekali rasa guna 'Sis' hmmm.. nampak pelik pulak kalu guna 'sis' so aku decided nak guna 'aku' since aku rasa perkataan tu lebih akrab (bukan kasar) dan aku selalu guna bila sembang dengan kawan-kawan rapat.







First and foremost..Alhamdulillah,kita telah berada di tahun 2016 maka mesti ramai yang buat azam baru termasuklah aku. Bercakap pasal azam, bagi aku azam ni adalah perkara yang kita akan buat dengan bersungguh-sungguh supaya ia tercapai.Itu definisi azam bagi aku and masing-masing ada definisi tersendiri. Freedom Of Speech. Bila dah masuk tahun 2016,ia merupakan debaran bagi pelajar SPM 2015 termasuklah aku. Result SPM lebih kurang sebulan je lagi (39 days left..I think)

Result SPM: 3 MARCH 2016

Nampak ngerikan? Tapi bagi mereka yang telah letak 100% kepercayaan pada Allah,mereka akan redha apabia menerima sebarang keputusan dan aku pun cuba untuk serahkan segalanya kepada Dia. Tawakkal setelah berusaha. I'm sure,most of the students already worked hard to score well in SPM including me. Tahun lepas memang tahun yang paling sukar bagi aku. Sebulan sebelum exam,aku selalu demam and ada kes tu,aku demam dua kali seminggu. Contohlah,aku sembuh demam hari Isnin,hari Jumaat tu,aku demam pulak. 


And boleh katakan,setiap hari aku pergi sekolah. Hari Ahad-Khamis,sekolah macam biasa,balik pukul 5 petang (paling lewat la).Hari Jumaat dan Sabtu , ada kelas tambahan. Terima kasih cikgu kerana korbankan masa untuk mengadakan kelas untuk kami.Cikgu bersemangat buat kelas,takkan students tak bersemangat? Kesian la cikgu.. mereka pun ada life,ada keluarga tapi demi pelajar-pelajarnya,mereka korbankan masa. Maka,salah cikgu lagi ke kalau students fail dalam pelajaran. Semestinya bukan Salah Cikgu.Tepuk dada,tanya diri sendiri?

"Effort will never betray you"

Percayalah,apa yang kita lakukan akan terbalas jua. Jangan putus asa. Allah dah atur perjalanan hidup kita sebaik-baiknya. Kita sebagai Hamba Allah,turutlah perintahNya, hidup kita akan teratur.Maka marilah kita tanamkan azam baru untuk hidup yang lebih bahagia.

Plan Addin 2016: The Way of Life 

      1. Jaga Solat (Cuba untuk solat di awal waktu dan Jangan Tinggal Solat)
      2.Cuba untuk meninggalkan perkara yang melalaikan
      3.Puasa Sunat(Isnin dan Khamis-Jika mampu)
      4.Belajar bersungguh-sungguh
      5.Baca Buku-buku motivasi
      6.Baca Al-Quran Setiap hari
      7.Hafal Surah-surah tertentu( Al-Waqiah, Ad-Dukhan, As-Sajadah,Al-Mulk,Al-Luqman)
      8.Cuba kontrol perangai clumsy( emm aku ni jenis kalut and cuai sikit so kene la jaga)


Inilah plan aku untuk tahun ini.Jangan buat banyak-banyak nanti kita payah nak ikut. Slow-slow tapi Istiqamah.Itu yang penting. One thing at one time. Selamat mencuba. Sekian ,terima kasih kerana membaca. Till we meet again. Assalamualaikum


Comments