Korean Medical Drama

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan aku sedang menunggu result SPM,banyak aktiviti yang 'berfaedah' telah dilakukan di rumah. Antaranya baca tweet, tengok post di FB dan menonton random video di Youtube. Menarik kan? Bolehlah..setakat ni aku asyik berbaring je sambil tengok video-video best. Aku pun tengah download drama-drama best especially medical drama. 


Semalam,baru je selesai tengok Medical Top Team yang ada 20 episodes yang boleh dikatakan setiap episode tu memang worth untuk ditonton bagi mereka yang berminat tentang drama medical (Kalau bagi kat kawan yang takut darah,aku rasa tiap-tiap episode boleh muntah, so jangan bagi dia tengok :p ). Aku cuba yang terbaik untuk ulas sinopsis drama even aku tak pandai nak ulas,aku pandai recommend je


1. Medical Top Team



Watak-watak Utama: 
Kwon Sang Woo as Park Tae Shin
Jung Ryeo Won as Seo Joo Yeong
Ju Ji Hoon as Han Seung Jae
Oh Yeon Seo as Choi Ah Jin 
Choi MinHo as Kim Seong Woo

Watch Here

Sebuah drama yang menarik. Itu sahaja..hahaha ringkas tapi padat. Sungguh,drama yang menarik bermula dengan ep 1 dah buat aku attached dengan drama ni. Then,every operation yang dilakukan oleh doktor-doktor dalam cerita ini memang menarik. Jangan risau, kalau tengok drama yang full sub, anda akan faham tentang penyakit dan alat-alat yang mereka guna. Dalam 3 hari je aku habiskan 20 episodes and bagi aku, memang worth tengok drama ini. 9/ 10 aku bagi sebab banyak pengajaran bukan banyak romantic scene and unexpected plot twist happened too in this drama.


"The medical drama focuses on the lives of doctors and nurses who are members of an elite medical team from the fictional Gwang Hae University Hospital - Wikipedia"


2. Hyde,Jekyll and Me


Watak-watak Utama: 
Hyun Bin: Gu Seong Jin/Robin/Terry
Han Ji Min: Jang Ha Na
Sung Joon: Yoon Tae Joo/Lee Soo Hyun

Watch Here 

Drama psikologi yang mengisahkan penyakit DID ( dissociative identity disorder ) . Gu Seon Jin seorang CEO syarikat Wonder Group tetapi tiada siapa yang tahu yang dia ni ada penyakit DID kecuali psikiatri dia. Gu Seong Jin perlu kawal heart beart dia supaya tidak lebih daripada 150 supaya Robin (personaliti ke-2) tidak 'muncul' . Bahayanya penyakit DID adalah bila personaliti ke-2 mendominasi personaliti asal(pemilik badan yang asal) dan akan cuba memusnahkan personaliti asal . Dan dalam drama ini,aku paling suka part hypnosis , teknik untuk recover memori seseorang. ( Rujuk wikipedia untuk sinopsis yang lebih detail xD )

Antara Drama Medical lain yang aku recommend adalah
1.Emergency Couple 
2.Kill Me Heal Me( Paling sedih, the best drama in 2015)
3.Golden Time
4.Brain
5.Doctor Strager
6.The 3rd Hospital
7.Syndrome
8.Good Doctor
9.General Hospital
10.New Heart
11.Madame Antoine ( Drama baru lagi)


Sekarang,aku tengah layan drama Brain, so far..drama ni okay sebab pasal bidang neurosurgery. Memang best la tengok drama ni asyik bedah kepala even hero lebih kurang tua sikit ..hmmm sedih :p 
And aku nak recommended drama romantic comedy.. pun boleh jugak.

1.Bride of Century
2.Oh My Ghostess
3.Cheese In Trap
4.Pinocchio ( Paling Best..aku rewatch banyak kali dah sebab best sangat, paling aku recommended)

Nak tengok semua drama ini dengan english sub, visit  DRAMACOOL Kemungkinan semua drama ada and site kat situ selalu update tiap-tiap hari. Selamat Mencuba dan semoga berjumpa lagi..In sha Allah. Assalamualaikum dan selamat malam

                                                            







Comments