How Was My Life?



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Semoga semua sihat walafiat dan istiqamah dalam melakukan benda-benda baik. 

             Emmmm (awkward..) Sebab dah lama tak menulis maka macam dah hilang talent nak menulis post baru untuk blog terchenta ni huhuhu. Alhamdulillah, kalu tanya aku macam mana life di universiti. So far so good ..eih mungkin? 


Gambar dapat dari belas ihsan Google.


HOW WAS MY LIFE?

Sebulan dah aku menetap di UiTM Kampus Dengkil maka banyak cerita dan kawan aku dapat. First of all, aku bersyukur sebab housemates aku semua baik-baik. Empat orang housemates aku dari MRSM dan seorang dari sekolah harian macam aku. So, bila dapat tahu aku satu rumah dengan budak MRSM , aku speechless la. Yang paling sedih, kami tiada lagi gambar satu rumah so payah la nak perkenalkan. Housemates aku adalah Nadia, Farhanis (kami panggil o'on (?) , Fatiha, Sarah, (satu group dengan aku. Mujur ) dan Aina.


Actually, aku mula-mula sampai sana rasa nervous jugak sebab macam first time jauh dari family, duduk di negeri orang (Aku expect dapat UNISZA) tapi takdir bawa aku ke sini. Alhamdulillah. Aku ni sebenarnya malu kalu jumpa orang baru tapi bila dah 'satu kepala satu kaki' semua benda aku boleh masuk dengan kawan-kawan baru. Mujur housemates aku lawak-lawak dan layan la perangai aku 'gila-gila' sikit.


First day masuk kelas. One Word. Awkward tapi mujur aku datang kelas dengan Sarah. Ramai la jealous sebab aku dapat satu group dengan housemate. First class masa tu Lecture Physics so aku dan sarah datang 10 minit awal #KamiBudakBaik .Masa tu tak kenal lagi siapa yang satu group dengan aku sebab gabung dua group time lecture. Masuk second class which is Lab Bio, baru lah kenal tapi agak awkward jugak. 

Sebenarnya aku dah dapat agak mereka yang mula-mula kenal aku ingat aku ni seorang pendiam(?). Sebab aku sendiri tunjuk character macam seorang pendiam walhal ... ( Mohon pergi interview kawan-kawan sekolah aku tentang siapa Nurul Ahsanah Ain ) Tapi, alhamdulillah, aku dah 'masuk' dengan semua siap dapat gelaran Ustazah(?) . Lecturer Physics yang start panggil aku ustazah so semua orang macm ikut tapi time bergurau je kot panggil guna Ustazah sebab time serious, Madam panggil aku dengan nama.


Sebab 7 tahun di sekolah lama, orang panggil aku dengan nama Ahsanah (which is i didn't expect honestly) aku decided nak guna balik nama Ain so time ice-breaking, aku suruh classmates panggil aku dengan nama Ain. Takde la complicated sangat nama aku daripada Ahsanah. Honestly, kawan-kawan sekolah je yang panggil aku dengan nama Sanah (paling teruk dan malas, San -_- )


I think I should stop here even though I have a lot stories to write. In sha Allah, part 2 is coming soon (jika aku free dan internet baik - baik sangat

Akhir kata, di sini aku nak minta maaf atas semua perbuatan aku selama ini sama ada melalui penulisan atau perbuatan. Semoga Allah sentiasa merahmati kita, menerima amal ibadah kita sepanjang bulan ramadhan dan pada bulan-bulan yang lain jua dan melindugi seluruh umat Islam daripada bala bencana. Semoga kita istiqamah dalam berubah menjadi seorang yang lebih baik dan sentiasa berusaha untuk melalukannya. 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRY. MAAF ZAHIR BATIN 

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum 



    Hidup tak selalunya lawa
    Tak selalunya ada pelangi
    Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada #Hlovate #ASiD





Comments