Random Thought (?)


Kenapa banyak sangat soalan-soalan pelik? 






Assalamualaikum pembaca sekalian yang terchenta-takchenta-sangat! Sekarang ni tengah musim muet and i just finished my speaking too. (Tetiba in english, tadi tak nak speaking elok-elok) Okay! Sebenarnya nak buat sesi confession(?) Even takde orang nak baca, aku rasa ni pun macam little diary aku sikit. 


Honestly, aku banyak random thought yang berlegar-legar di dalam kepala dan sampai pada tahap sebenarnya tak penting tapi aku pikir jugak. Tabiat baru ke? huhuhu


Layak ke aku nak ambik medic?

Banyak kali aku fikir benda ni sampai aku menangis pun ada. Aku tak nak bagi harapan palsu pada mereka yang mengharap pada kejayaan aku. Aku mengaku sem 1 bagi aku susah, banyak benda aku belajar dalam sem1 aku rasa macam tak sempat nak revision, and at that time, aku buang 'Misi 4Flat' dari list aku. Sedih.


Aku tak give up lagi!

Aku bukan budak yang mudah nak putus asa. Aku masih lagi berpegang pada misi sama dan cita-cita sama cuma aku tak yakin. Kat sini la bermula random thought aku , aku fikir aku ni boleh ke nak sambung medic? aku boleh ke berjaya macam orang lain? aku boleh ke tunjuk result cemerlang kat parents aku? Aku tak yakin.. Honestly


Dan aku terbaca dalam buku Dance In The Rain (By Rabiatul Faazra), agak menyentuk perasan aku sebenarnya, akak penulis kata :  

Kita mungkin dipandang atas dasar kecerdikan. Dan kita tidak tahu, andai kita tidak punya minda yang cerdik,seorang pun mungkin tidak sudi memandang kita


Iya, aku setuju sangat statement akak penulis, kita tak memiliki apa-apa. Allah sahaja Sang Pemilik yang ada pada kita. Allah SWT boleh bagi nikmat tersebut dan boleh ambil semula nikmat tersebut. Nauzubillahiminzalik. 


Siapa nak hampakan orang-orang yang tersayang?Tak, kan? Kita semua ingin hadiakan kejayaan kita pada mereka termasuk aku. Aku takut kerana kegagalan aku, parents and family aku sedih, cikgu aku sedih, rakan-rakan aku sedih. Mereka tahu cita-cita aku dan mereka juga yang sokong aku.


Aku harap aku sentiasa yakin dengan perancangan Allah sebab Dia jugalah Perancang yang terbaik.
Moga Allah rezekikan kita semua kejayaan. Moga Allah membimbing kita semua ke arah yang baik, jalan-jalan yang Dia redhai. Doakan aku, kawan2..


Allahumma zuqna Istiqaman
Ya Allah, rezekikan kami Istiqamah..amiinn 


Comments