Memoir In Dengkil🌼

There's no goodbye
It just we only go apart
for a while
I believe 
this beautiful life
we will meet again


Sunset.


Assalamualaikum dan salam membaca, salam sejahtera. Hmmm skema habis muqadimmah. Apapun, marilah satu saat ini kita berselawat ke atas Kekasih Terulung Allah.

Alhamdulillah. Kira cukup satu bulan aku tinggalkan Dengkil, tempat terchenta-banyak main- yang ajar aku jadi manusia yang baik. Sikit laa ( Baik sikit daripada tak da langsung kan?)

UiTM Dengkil ni tak berape famous lagi tapi banyak kontroversi sikit dengan students universiti lain. Aku takde triggered sangat dengan diorang tapi lebih kepada buat lawak bila baca tweet masing2. Hehehe . Ok dah malas nak ulas yang tu.

Sebenarnya kisah entry ni adalah aku nak share Best Memory in Dengkil yang aku lalui. Memang setiap kali ingat mungkin boleh tergelak, boleh nak sedih, boleh nak terharu dan papeun lah. Okey dah, jom start baca fakta menarik atau best memori aku di dengkil.




Kisah Lif. Typical bagi kami untuk berhimpit sebab best turun ramai2. Pastu mula lah "wei wei selfie"  Kalau boleh nak semua masuk dalam gambar macam kes dalam gambar ni. Aku panjat besi lif tu sikit. Sikit je. Tak masuk kes vandalisme lagi hahahah.

Bukan setakat pasal gambar, buat benda keji pun best jugak. Time semua lif penuh dan aku dengan beberapa kawan tak sempat nak masuk, so pintu pun nak tutup slow2. Time tu niat jahat tercelah dalam hati ngeh. Paling best buat kat budak laki. Aku pergi tekan butan lif tu menyebabkan lif tu terbukak balik. Heh kalau rasa bersalah aku lari sambil jerit mintak maaf. Alaaa budak laki pun sometimes buat macan tu jugak kehkehkeh

Lif pun tempat sambut birthday. Birthday aku tahun ni jatuh hari isnin. Aku kira seronok la sebab hari kelas tapi sekali hari tu stress belajar especially chemistry. Sampai aku pun stress sebab organic chemistry kot. Huh sabar je la. Tapi masa naik lif lepas kelas, tiba-tiba classmates aku nyanyi lagu. Heh aku terharu la sikit tapi malu sebab sampai bawah je orang dok tengok je. Heh. Layan je lah

Kira memang best memory tentang lif wakakakkaakaka




Heh Kisah lab. Aku rasa favourite place kalau nak buat kecoh kacau kawan adalah dalam lab. Bagi aku la. Sem 1, tak banyak pun gambar dalam lab. Mungkin malu sikit dengan member lab time tu. Tapi tetap banyak borak (lebih kepada banyak gaduh) Best memory bagi aku masa Lab Bio Sem1. 

Hari tu banyak main tabung didih dan water bath. Kisah dia, tabung didih tu kene letak dalam water bath dalam 10 minit kot and suhu tinggi la jugak. Aku tengok prosedure, water bath kene suhu 80(contoh  sebab tak ingat) tapi water bath tu dalam suhu 90. So aku cakap la kat zahin "weih turunkan suhu water bath tu la" Pastu aku tergelak dengar ayat dia "Emmm baik letak api dalam tu" Time tu aku dengar member lab aku gelak. Aku gelak sebab "letak api" Hmmm dasyat beno sampai macam tu sekali. Tapi aku asyik sound suruh turunkan suhu tapi jawapan zahin tu sama. Last last aku dapat tau rupanya suhu dalam water bath tu lain dengan suhu dia tunjuk. Hmmm patut lah. Buat gaduh je. Tapi waterbath ni kira batu api la. Berapa kali budak2 ni gaduh sebab main bukak water bath tu. Effect la sikit experiment tapi boleh buat bahan lawak la. Jauhkan diri daripada water bath kehkehkeh




Kisah dia yang ni bukan berdasarkan gambar ni tapi lebih kepada deep story yang berlaku antara aku dan nani feat (fat, kamil dan fitri) Huhuhu kejadian ni haru la jugak sebab pagi tu pergi tadom dan malam tu bertolak pergi shah alam untuk marathon. Aku dengan nani tak join so malam time 3 orang tu pergi lari, aku dengan nani share story la sikit. Okey tu bukan kisah dia, sepanjang 19 tahun hidup aku tak pernah pun merasa merempat tepi jalan pukul 3-5 pagi, dilemma tentang kereta rosak + macam mana nak balik dengkil dan naik truck tunda. Merasa lah sekali seumur hidup. So bila aku nampak truck tund kat mana2, aku memang senyum sorang2 la ade jugak nak tergelak sebab teringat kisah ni la. So kira best memory aku laa tapi tak tipu, aku macam "okeylah merasa macam ni, dapat dengar 'lecture free' by Madam Housemates.Sayang beno diorang kat aku dan sayang korang jugak. In future, nanti aku tahu nak buat apa kalau jadi macam ni. So ambil pengajaran huhuhuhu. Tapi time malam tragedi tu terkeluar la ayat memasing..

"Ni kalau mak aku tahu memang kene kejar parang nih"
"Ni kalau mak aku tahu memang kene pelempang habis"
"Saya tak pernah buat kerja macam ni"

Ngehhh haru diorang. Boleh jugak time tu buat stock bukak cerita benda halus. 
Lagi takde kerja -___-  Aku time tu buat muka toya je la








The best dan paling tunggu setiap hari. Sunset. Masya Allah memang terkeluar semua ayat la time tu sebab terharu dan kagum tengok keindahan yang tak semua orang nampak. Rezeki sebab rumah aku menghadap tasik dan menghadap sunset. Yang lain ade menghadap sunrise tengok bangunan putraja la sikit. Yang lain ade menghadap block lain. Ok yang kesian la sikit tapi diorang balas balik "Eihhh boleh tengok orang kat bawah jalan pergi anjung. Boleh tengok aktiviti rumah2 block lain," Betul jugak sebab aku tak dapat tengok benda tu. Tapi sunset ni bagi aku sangatlah breathtaking. Every one seconds, cahaya dia berubah dan kalau tinggal balkoni tu kejap, scenery dia berubah. Betul lah, memang tak terhitung nikmat Allah.




And my life in asasi wouldn't be complete without them. My housemates. Diorang lah antara golongan yang contribute benda best sepanjang aku di asasi. Sebab first day kelas adalah first puasa so masa bukak puasa tu boleh tahan awkward sebab semua makan kat meja. Senyap. Tapi, masya Allah, lepas dah kenal rapat, macam-macam benda buat. Gusti atas katil, gigit lengan, sambut birthday, buat prank dan makan sama kat lantai. Benda wajib order: Daging Masak Merah hohoho. Tapi betul, aku first time serumah dengan stranger tapi tak sangka akan dapat diorang sebab kisah aku dapat bilik 8 ni complicated. Tapi pape je lah, aku sayang housemates aku TT TT 




So ni benda menarik yang aku dapat sepanjang di asasi. Okey, no. 1 - Sweater. Alahai tersedak time menulis pulak (keh tak berkait) dapat dari sape? *main jari* Emmm, jawapan selamat, sahabat baik! Kahkahkah aku sayang sweater ni sebab aku tak pernah ada sweater sebelum ni (tak tipu huhu) lagipun memang best pakai time sejuk. No 2 Mug dapat dari Nani. Hohoho haru aku mula2 bukak sebab ada muka aku yang >.< Mug tu sumpah nak balut elok2 letak dalam almari takut pecah. Cantik! 

No. 3 Buku dan kad from Afiq. Hheh haru betul dengan dia sebab boleh pulak lukis muka aku dalam kad tu. Hadiah secret santa tapi sumpah sayang sebab first time dapat kad. No. 4 Block lego dari Qiha dan Sarah. Sebenarnya aku bukan stok nak main lego tapi lepas dapat block lego dari Qiha, aku jadi minat kumpul lego dan sumpah memang jadi hobi aku. First time dapat hadiah birthday untuk sekian lama TT TT sayang sesangat dan sarah pun berusaha cari block lego. Nice lah sebab belikan warna pink punya kahkahkahakha

Dan ade Diary aku tu sebab minggu lst belajar tu, aku suruh classmates aku tulis la 'kata-kata sakti' dalam buku tu. Ada jugak la yang tak sempat tulis =')) tapi takpe ga,bar dengan diorang dah banyak. Nak tergelak baca ayat memasing tapi lap hingus la jugak. Terharu TT TT Dan kenangan jugak masuk jadi geng comrade dahlia sebab sem 2 aku aktif tolong kawan2 handle Healing&Refresh. Sayang jugak sisters itu semua sebab diorang pun best

Part Tadom. Sumpah best main air. Itu je ahahahaa sampai sekarang ada tag dia
hehehe kenangan loohhh


Kisah yang malam tu memang best. Masuk kelas level 4 sesuka hati buat preparation untuk Festival Asasi. Coklat masakan masuk airlah, Banana lembik lah dan kene halau dengan KAS. Hahahaha pastu aku dengan kawan-kawan lain buat muka tak percaya kat aziz bila dia offer nak buat Banana Dip dalam bilik. Huish



Sejak bila entah aku tukar kerja jadi delivery nasi lemak. Sumpah penat kejar sana sini tapi best lah jugak. Budak laki lagi aku tabik sebab pergi jaja time ada football match. Heh power lah diorang. Habis kot pergi jaja nasi lemak yang diorang bawak.

By the way, sumpah Festival Asasi antara best memory masa sem 2!


Masa ni redah hujan sebab mood jiwang


Time ni hujan dan sunset masa tu cantik sangat. Subhanallah


Dan terakhir, pada 6 April, aku melangkah keluar dari UiTM Dengkil. Ni gambar last aku tangkap

"Eih jap, nak ambik gambar. Lepas ni dah tak datang"

Sayu jugak lah hati time tu nak pandang dahlia. Gambar last dan aku berjaya tamatkan asasi. Tapi, secebis jiwa aku masih lagi kat situ. Mungkin ni last post yang berkait pasal kisah aku di asasi tapi mereka yang sama-sama dengan aku masa senang dan susah, memang aku tak akan lupa. Semoga persahabatan kekal dan kami bertemu lagi sebab adat, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Allah aturkan pertemuan dan perpisahan ini, dan in sha Allah, moga ada lagi pertemuan

Sekian sahaja dari aku.
Assalamualaikum 

Comments