Recap : April 2018

pic credit to Google


Assalamualaikum and salam happy-pills to all my friends aka dear readers.Thank you for visiting this blog again and read this healthy-might not-unhealthy entry post ahaks

Okay, nak start mana dulu korang? For this entire month, it's quite hectic yet full with good memories. Alhamdulillah, makin nak dekat Ramadhan dan tak sedar pun sekejap je berlalu bulan April. Sebab awal bulan masa tu aku musim midsem break. Kira melepak di rumah, kacau adik, habiskan buku, keluar jalan-jalan sikit dan etc.

Tapi balik je Perlis, terus huru hara kejap ahahaaa sebab minggu tu aku join satu kem leadership. Kira payah jugak la aku nak brain pasal decision aku nak join kem tu sebab asalnya aku tak interested tapi sebab nak join kawan-kawan pastu aku rasa nak cari sikit inspirasi baru nak buat semangat nak study (lagipun free weihh rugi pulak tak join) Apa yang aku dapat dari kem tu banyak tapi bagi aku serta peserta lain, ini adalah culture shock! 


Huish tapi takda lah culture shock tapi bagi aku susah la nak brain kejap macam aku ingat balik tentatif dengan tajuk kem ni, aku sumpah tak faham. Tapi time tu husnuzon la, "takpa..musim nak pilihanraya so hadam je lah, ilmu jugak kot" Tak tipu, di sebalik segala perkara yang nak disampaikan, aku interpret benda tu dengan style aku. Contohnya :

1) Knowing and seeing the truth but still believing the lies.

Apa yang disampaikan tu aku macam tak nak ambik kisah sangat tapi aku suka ayat ni. Apa yang aku paham, kita tahu tentang satu perkara tu, kita tahu benda tu salah tapi kita still buat, kita still tutup mata buat tak tahu je.

Contoh benda sebagai student : meniru. Kita tahu benda tu salah tapi sebab kita nampak ramai buat, kita percaya benda tu macam 'alahh meniru je kot semua orang buat'. Reminder, kalau tak pernah meniru, janganlah meniru sebab kita immature bab tu. Buat je first time, masa kejadian tu jugak kita boleh tertangkap kemungkinan.


2) Meluruskan bayang dari besi bengok

Ni analogi sama macam mengakkan benang yang basah tapi aku first time dengar. Macam wuish like 'shadow will follow the original shape of the object tapi bila dah objek tu bengkok, bayang pun will follow the same thing but, kita tetap nak luruskan bayang itu. Macam jugak, benda tu semula jadi dah salah tapi kita tetap rasa betul dan sampai bila-bila kita rasa biarpun macm-macam fakta dah campak.

and lastly, apakah sabun untuk memutihkan arang? =')) korang, deep sampai ke laut aku pun tahu nak interpret macam mana uhuhuhuks

So itulah jadi masa awal-awal bulan April. Habis je kem, terus huru hara kejap minggu depan tu sebab aku tertinggal macam-macam, macam tak terurus kejap sebab aku jenis kene ready sikit weekend nak organize minggu akan datang tapi takpelah, scenery di Yan, Kedah sumpah lawa Subhanallah , sejuk , tenang dan hijau =')) yang tu aku tak menyesal


Next cerita pulak pasal result midterm  (Harapan itu masih ada..) Lels, Alhamdulillah result midterm sem ni much better dari sem lepas terharu la sikit biarpun tak excellent macam orang lain tapi aku consider diri aku ni banyak la perubahan bila aku berubah. Alhamdulillah, bila kita cuba nak berjalan mendekati Allah,In sha Allah rahmat Dia akan berlari menuju kita. Sumpah jadilah baik dan jadilah 'Bahagia dalam memberi'.


Kedua, pengalaman menjadi dj di kampus universiti aku. Dulu masa orinetasi awal, aku teringin nak audition jadi dj tapi aku malu pulak ceiishh tapi sebab kawan sekelas aku jadi dj, dia ajak aku jadi tetamu jemputan dia ahahahaa dan semalam, aku jadi jemputan dan topik aku dapat bincang adalah pasal buku Hlovate, Anthem. Ya Allah suka sangat aku cerita pasal Anthem sebab banyak sangat benda aku nak share pasal novel ini dan sure, this book in one of factors in turning my point of life.


Ketiga, Stress. Lately, aku stress sangat sebab nak final. Awal sangat aku masuk mood final, mungkin sebab nak dekan kot =')) Dan aku pun terdengarlah semula lagu Dear Mom by Soshi. Dan ini sedikit lirik lagu... 


Although I sometimes hurt you with wrong choices
You silently supported me from behind
I'm a young, clumsy kid, but now I think I know
The meaning of my mom's silent prayers

I'll become a good person
I'll become a person who thinks of others first
I'll protect my mom's hopes of love

I'm thinking of my mom who shared my dreams and cut my hair
What should I do? My heart is still small
I don't know if I could make it without my mom
I'm still lacking, I'm scared 



Boleh nangis bila dengar sambil faham lirik tu. Aku macam stress sambil belajar fikir harapan mak ayah. Tapi bila je on the phone dengan mak, dengar suara mak, dengar kata-kata semangat mak, terus rasa macam 'Allahu..kau boleh buat Ain. Cuba bangun sekali lagi macam zaman dulu. Cuba dan terus cuba, jangan takut gagal,'  Dan aku jugak time tu tengok lah satu video youtubers Aida Azlin (currently my youtube channels - she is so inspiring T-T )


Di mana, dia belajar main longboard dengan adik dia dan dia jatuh, time tu dia tanya adik "Why you are clapping you hands?" dan jawapan adik sumpah inspiring jugak : "Because you fell. Now you don't have to be scared of falling anymore because you've fallen" - huhuuu nangis laju-laju weih. Kawan-kawan, jangan takut untuk bangun hanya kita rasa sakit disebabkan jatuh. Jom kuat sama-sama. Jom buat terbaik dan jangan takut untuk gagal. 

Fall down seven time, stand up eight - Japanese proverb 

Sekian sahaja diary recap of my April. Semoga berjumpa lagi dalam next entry.. In sha Allah. Assalamualaikum dan bye semua ☺




Comments