Memoir: Trip With Friends



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Trip To Kedah : With My Friends

Dah nak dekat sebulan berlalu sebenarnya dari trip ni so kira #throwback la. Trip To Kedah ni keesokkan hari lepas jawab paper digital seenarnya. Kira macam nak celerate selepas hari-hari letih menjawab 6 paper yang bagi aku macam tunggang-langgang.

Sedikit kisah sedih pasal exam:

Anatomy : "Allahu menyesal tak habis baca slide revision Dr bagi"
Math II : "Lain kali skip lagi lecture yang last-last *nangis* "
Arab : "Eih ni betul ke Level 1? "
Analogue : ( yang ni paling corrupted sebab tak bawa pemadam dan paper ni banyak melukis )
Hubungan Etnik : ramainya keluar awal tapi aku was-was lagi dengan jawapan aku ni *keluar
Digital : walaupun 1010101011 punya silibus tapi otak aku still tak boleh brain benda ni 

Kiranya boleh tahan menangis la sebab memang tak layak nak boleh result kalau asyik ulang silap sama huhuuhuu. Okay done, kisah sedih! Sambung balik pasal Kedah. First, kami naik KTM arau ke KTM Alor Setar pastu ada member wafaa, pick up kami di KTM . Sebelum itu, aku pergi Kedah dengan dua member coursemates aku.

Izyan dan Wafaa
lawanya member aku ni ahahahk
By the way, bukannya aku tak pernah pergi Kedah, aci masuk awal sem mesti pergi Kedah sebab nak melepak kat Aman Central sebab time tu je boleh melepak jauh-jauh, masuk je musim lecture terus tak sempat nak jalan. Pastu kami pun dibawa berjalan kejap nak cari kedai makan nak breakfast.

Idea berjalan-jalan ni adalah Izyan dan Kirin, member yang bawak kami jalan-jalan. Gambar yang ni aku tangkap dari kereta sebab macam tak bukak lagi. Rasanya Balai Seni kot 



Kirin suggest kat kami makan kat kedai roti jala yang agak popular di Alor Setar dan bagi aku sedap sebab roti jala dia lain. Garing, rangup dan besar lebar gitu. Tak gulung-gulung macam biasa. Gulai ayam dia pun sedap.



Kedah as usual : Padi



Haa yang ni la idea izyan, dia teringin nak pergi muzium padi. Aku dan wafaa macam 'Eik, nak pergi muzium? Siyes laaa". Lepas masuk sebenarnya bagi aku best la. (Fun fact: selama hidup 20 tahun, ni la pertama kali aku masuk muzium #noob)





Ni gambar tricky : Pandangan dari atas gunung ke lukisan?  Tapi siyes aku terkejut sebab lukisan ni nampak real depan mata TT TT 

Bukan pergi gua ahahaa


Makanan berasaskan padi. Nampak sedap pulak biskut-biskut tu







Jenis-jenis beras






Three of us

Ni dalam kedai cenderahati. Diperbuat daripada dawai besi O_O

In conclusion, Muzium padi agi aku menarik dan kalau ada students nak buat research pun boleh tahan bagus la sebab banyak sangat benda-benda menarik dalam muzium ni. Boleh tahan penat la nak berjalan sebab ada tiga aras so kira puas hati la. Next : Menara Alor Setarr!

Iklan lalu: 
HALOOOOOO



By the way, aku ada video naik/turun lif dalam menara tu tapi malas upload. Hmmm boleh tahan gayat jugak aku rupanya tapi still tolerable laa nasib bik tak muntah . Ini adalah view-view dari atas menara Alor Setar.



Subhanallah cantik sangat TT TT



Then, puas pusing-pusing ambik gambar kat menara tu, kami pergi masjid Zahir sebab dah masuk waktu zohor. Bagi aku cantik sangat design masjid ni ='))


 


"Then after that your hearts were hardened and become as stones or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gush forth and indeed, there are of them (stones) which split asunder so that water flows from them, and which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do."-Al Baqarah: 74







Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan solat/sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya)-(Al-A'raaf 7:170)

Masjid Zahir

Walaupun tak sempat nak melawat banyak tempat lain, tapi tetap trip ni best sebab banyak pergi tempat-tempat baru dan lawa-lawa. Penuh dengan kehijauan kiranya bagi aku tenang je kalau lalu tepi tu je ada padi. Sepanjang jalan ada padi. Dan paling penting, dapat luangkan masa dengan kawan-kawan selepas penat exam.

Setakat itu sahaja dari aku, in sha Allah kalau ada kesempetan, next trip mungkin Penang? In sha Allah kalau sempat dan ad duit (yang ni paling penting aahahhaaa). Jumpa lagi dalam next entry mungkin hujung bulan.

Assalamualaikum dan terima kasih kerana membaca #fleurist



Comments