Follow Your Step

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kembali berjumpa dalam entry bagi bulan november, bulan haru biru nak flip segala table yang ada di rumah (mungkin). Alhamdulillah semoga semua sentiasa sihat, sabar dan kuat menghadapi 'normal routine' yang sama. Bangun, pergi kelas, makan, buat kerja dan tidur. Dan baru-baru ini, di UniMAP berlangsung Sukan Antara PPK, basically Hari Sukan UniMAP.




Shock News : Aku join masuk acara 1500m =)

Diminta semua bertenang, janagn terkejut aku yang agak pasif tetiba nak masuk acara memang agak berat bagi badan yang terlalu kecil (Ya saya sedia maklum hal tersebut). Cerita dia senang je, sebab setiap PPK kene la ada participants untuk memeriahkan setiap acara padang yang akan berlangsung. So tahun lepas, aku tak masuk sebab malu (biasala first year acah takut sikit) , even perbarisan pun aku tak masuk sebab agak malas sedikit.

Maka, untuk tahun ini, aku decide untuk join sebab kawan bagitau tak cukup orang untuk acara 1500m ni so aku rasa macam nak try la kot sebab aku punya mission sem ni adalah untuk exercise (ceihhh). So untuk dua minggu tu, bermula hari-hari petang aku dengan jogging. Aku cuba habiskan satu pusingan jogging blok ni dan serious, sangat letih dan mengah.

Dipendekkan cerita, aku tak mampu nak capai target untuk 1500m punya catatan masa which is 7 minit 58 saat. Murung la kejap sebab asyik 1200m tapi dalam masa 9 minit (dan oaling teruk, last aku training habiskan 1500m adalah dalam masa 10 minit 55 saat) TT TT Aku pun macam "hmmm takpe, jangan paksa. Follow pace, increase stamina. Masuk sebab nak support ppk. Menang kalah dapat medal belakang cerita,"

Maka pada hari kejadian, aku agak cuak. Untuk acara tu lebih kurang 20 orang yang menyertai. Bang! Semua mula berlari, mengejar untuk berada di hadapan. Aku pun cuba untuk berlari laju macam diorang, tapi aku teringat kata-kata kawan aku. 

"Kalau kau dah all out awal-awal, kau akan letih akhir-akhir nanti. Follow pace kau. Ikut je cara kau," 

So aku awal tu laju sikit sebab triggered semua orang lari laju (hmmmm) . Lepas tu, aku maintain je pace. Aku ikut steps jogging aku yang dah 2 minggu berlatih. First lap pusing, dah ade yang start jalan, collapse dan aku mula makin takut sebab takut lemah masa berlari dan kemingkinan pengsan. Tapi, aku kuatkan diri nak cuba habiskan. Aku pun ikut jugak la nasihat kawan aku supaya cuba berzikir masa lari tu untuk gain kekuatan. 

Maka bila di lap terakhir, almost dah nak habis.Ada seorang peserta ni, dia selalu depan aku je the entire acara tu. Dia lari-lari dan akan keletihan sikit. So bila di 100m, aku pecut. Yes, aku pecut dengan baki tenaga yang aku ada =')) dan berjaya memperoleh tempat ke-5 dengan catatan masa 8 minit 49 saat

Allahu..

Aku terus cuba impliment benda ni dalam kehidupan sekrang. Rutin- rutin aku sekarang. Apapun perkara, jangan pernah berhenti dari mengejar perkara. Untuk rehat itu tidak mengapa, tapi jangan pernah berhenti. Keep moving forward. You do you! Walaupun kita akan letih sebab ketinggalan sedikit daripada mereka yang di hadapan, tapi perlu ingat, kita akan memperoleh saat-saat kejayaan tersebut jika kita terus berusaha, tidak berhenti dan yakin akan kebolehan diri sendiri.

Bagi aku, no 5 tu adalah rekod yang memang boleh jatuh air mata terharu kot sebab 2 minggu training pastu cheat days, minum air manis, makan ais etc. Pantang larang tu memang main langgar je tapi aku cuba increase stamina dengan jogging dalam 2 minggu tersebut dan icrease pace jogging aku. Dan aku juga yakin, kalau dalam hal mengejar impian masing-masing, tak perlu kita mengikut orang lain, tak perlu mengikut acuan mereka.

Kita buat cara kita sebab kita adalah kita, ada kehebatan tersendiri! So, believe that you are able to jump higher than before!

with medal 5th place 1500m category
In sha Allah setakat itu sahaja entry kali ini. Dijemput juga untuk datang 'menjenguk' Igtv which is aku akan release video every month (aindashrin_ ) . See you in next entry. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. Assalamualaikum ^^


Comments