No Need to Rush

Assalamualaikum and thank you for coming here again.

Alhamdulillah, praise to Him for another day.
Alhamdulillah, praise to Him for another bless that He give to us
Alhamdulillah, praise to Him for all the love that He bless us before, now and in future.


Pertama sekali, minta maaf sebab tidak istiqamah dalam meng-update blog. Sangatlah sedih sebab dah ter-skip untuk bulan lepas padahal content untuk update tu ada cuma tak sempat (lame excuses i know huhuhuu ) dan terima kasih kerana bersabar dan masih membaca entry ini. Untuk kesekian kalinya, minggu ni agak okey untuk menulis entry baru dan semoga entry ini bermanfaat in sha Allah..

Bismillahirahmanirrahim...



Sabar itu bukanlah perkara yang senang. Malah kita sendiri telah terbiasa dengan meinginkan sesuatu benda, sesuatu perkara atau hajat itu cepat-cepat kita perolehi, cepat-cepat kita nak dapat.

Sometime, we can be impatient

Dipendekkan cerita, kita semua lalui lowest point dan ada yang sudah berjaya bangun, ada yang sedang mencuba dan beruasaha dan ada yang telah berputus asa. As fellow human, as fellow sisters, as fellow friends, yang sama juga seperti anda, yang berada dalam situasi sama. Dan pesanan untuk kita semua adalah

Yakin dengan pertolongan Allah 

Dalam perjalanan hidup ini, terlalu banyak pengalaman sama ada dari sendiri dan juga dari orang lain. Mendengar cerita saabat, di saat dalam situasi yang sangat terdesak, sempit, sedih, sangatlah kagum bagaimana mereka meletakkan keyakinan dan bergantung harap pada Allah. Bagaimana mereka yakin pertolongan Allah akan sampai pada masa yang tepat dalam situasi yang tempat.

Bersangka baik pada Allah.
Yakin pada hikmah yang akan datang.

Namun sebelum itu, untuk meletakkan pengaharapan pada Allah itu sendiri adalah satu ujian Allah berikan.

Terlalu kerap aku berasa gelisah, tidak tenang kerana merasa takut bahawa berasa tidak mampu untuk bertahan sehingga ke hujung. Sehingga kadang-kadang menyoal adakah segala usaha dan perancanagan tidak cukupkah untuk menggapai hajat dan keinginan tersebut. Beristghfar kerana bersangka buruk pada Allah, sedangkan Dia Maha Pemurah Maha Pemberi Rezeki. 

Malu padanya kerana tidak bersabar dalam berdoa. Malu kerana terlalu gopoh dalam mengingkan sesuatu perkara sedangkan Allah seringkali berfiman dalam Al-Quran tentang sabar. Sabar dalam apa jua perkara, sentiasa berusaha dalam apa jua perkara kerana kelak Allah akan membalas jua dengan ganjaran yang tidak kita akan sangkakan. 

Aku mendapat pengajaran dari sirah Nabi Nuh AS di mana, Baginda berdoa kepada Allah tentang kaumnya yang tidak ingin mengikut dakwahnya. Namun, Allah SWT memakbulkan doa Baginda selepas 200 tahun. Bukan Allah tidak cinta pada Nabi Nuh namun Allah mengetahu akan sebenar-benarnya hikmah akan tentang 200 tahun itu. 

Kerana, pokok yang ditanam oleh Baginda untuk dijadikan bahtera kapal mengambil masa 100 tahun untuk membesar, dan kemudian Baginda mengambil masa 100 tahun untuk membina bahtera tersebut. Setelah siap bahtera tersebut, Nabi Nuh serta 80 pengikutnya dan juga binatang menaiki kapal tersebut, barulah Allah turunkan azab terhadap kaumnya iaitu banjir besar.

Pengajarannya di sini adalah tentang sabar, sabar dan sabar. Yakin dengan ketentuan yang Maha Esa. 
Moga Allah sentiasa merestui kita dalam apa jua, Allah memberi keizinan, rahmat dan keredhaan pada setiap perkara kita lakukan. Moga kita semua bersabar dalam hidup ini kerana cabaran, kegagalan, kesusahan itu lebih mematangkan kita kelak.

In sha Allah...

May Allah bless our soul. Amiin




Comments