Life By Dr. Fatin Liyana (Diagnosis2) Part 1
"KENAPA AMBIL
MEDIC?"
"BUDAK MEDIC
TAKDE LIFE"
Itulah reaksi yang
biasa aku terima apabila ditanya kenapa memilih kerjaya sebagai seorang doktor.
Aku berasal dari
kerluarga biasa. Tiada latar belakang kedoktoran. Sumpah masa kecil, kerjaya
yang paling aku benci adalah doktor. Kenapa? Kerana aku ada white coat
syndrome. Bila ternampak doktor dan jubah putihnya, aku terbayang jarum. Jarum
equals to bahaya. Jika bahaya maka haruslah melarikan diri. Jadi sejak kecil
memang jarang sekali aku jejakkan kaki ke klinik. Selagi tak keluar air mata
darah, selagi itu klinik di Malaysia ini tidak akan menerima kunjungan rasmiku
hehe.
Kalau sesiapa masih
ingat, masa kita kecil-kecil dulu, ak salah aku masa darjah satu. Ada satu kad
besar berwarna kuning cair yang guru akan berikan pada setiap murid. Pada muka
surat belakang sekali, ada satu kolum untuk ruangan cita-cita.
Murid-murid harus
isikan 3 cita-cita mereka dan nyatakan sebab mengapa mereka memilih kerjaya
tersebut.
Sumpah aku stress
semasa hendak mengisi ruangan tersebut. Walaupun masa itu darjah satu, tetapi
sudah pandai stress juga ya. Aku runsing kerana cit-cita aku adalah tidak mahu
menjadi dewasa. Menurut fikiranku, jika aku tidak menjadi dewasa, maka aku
tidak perlu mempunyai cit-cita dan bekerja. Aku boleh teruskan bermain dengan
play-doh, menguli the overpriced tanah liat menjadi bentuk donut, burger dan
sebagainya.
Sehinggalah aku
menuntut di sekolah menengah, aku masih tidak mempunyai sebarang cit-cita.
Walaupun begitu, aku sentiasa berikan yang terbaik dalam setiap peperiksaan.
Bagiku, tanggungjawab seorang anak adalah menggembirakan ibu bapa. Bagaimana
seorang anak dapat menggembirakan ibu bapa selain daripada membelikan mereka hadiah
keyika harijadi? Ya tentulah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Simple.
Semuanya terjadi
semasa aku menuntut di Matrikulasi Negeri Sembilan. Ketika itu, aku sudah
berada di penghujung semester akhir. Borang UPU harus diisi dengan jurusan
pilihan untuk memastikan diri ini mendapat tempat di Universiti kelak.
Persoalannya adalah... jurusan apa?
Lapan ruangan di
borang UPU dibiarkan kosong. Aku mula resah, keliru dengan perjalanan hidup.
Aku paling pening
dengan matematik, separuh nyawa membuat additional math ketika form 5. Kalau
diingatkan kembali, boleh seizure (sawan) aku dibuatnya. Out
Chemistry. Jadual
berkala segala, ion this ion that. Semua venda kena imagine. When u add this to
that it became pooffff. Out
Physics. Bernoulli
principle, Archimedes principle. The only principle that I care is my principle
in life. Which is 'Work Hard and Stay Humble' heh. Out.
Law. Aku tak suka
argue dengan orang. Kalau boleh dengan semua orang aku nak setuju. Tak suka
gaduh-gaduh hehe.
Sports? Kulit
menjadi allergic apabila kena panas dan berpeluh secara berlebihan. Out
TO BE CONTINUED IN
PART 2
Comments
Post a Comment