Life By Dr. Fatin Liyana (Diagnosis2) Part 2
Oh macam I was left with no options. Aku akui,
aku enjoy belajar tentang human body. It's like you are discovering yourself,
and getting to know your body better via thick books and those unhumane medical
jargon. Lagipun belajar tentang physiology and pathology manusia adalah ibarat
mengkaji ciptaan Allah. Lebih banyak kita tahru, lebih kagum kita dengan
ciptaanNya. Betul kata orang, ia adalah kerjaya antara dua dunia.
Walaupun sering dikatakan nerd. Buku sentiasa di
tangan. Tiada life, tidak tahu enjoy kehidupan. Tidak kisah penampilan kerana
terlalu sibuk di hospital.
Tapi. Itu gambaran masyarakat. Bukan gambaran
aku. This is my life. I decided what I want to do. Nobody can make me feel
helpless without my consent. Aku tidak mahu menjadi stereotype. Aku bersetuju,
menjadi doktor memerlukan pengorbanan jiwa raga dan masa. Tapi, aku juga
mempunyai 'kehidupan' di luar sana. Diluar waktu bekerja, aku juga sama seperti
kalian. Ingin aku ajukan kembali satu soalan ini kepada kalian.
Apabila kami sering dikatakan 'tiada
life'..Define 'life'?
Adakah life bermaksud memenuhi jemputan majlis
perkahwinan dan kenduri kendara pada hujung minggu, hang out di shopping mall
dengan memakai pakaian fashion yang up-to-date dan chill out di cafe' ternama
bersama teman-teman baik sambil bercerita tentang gossip terkini?
Ya benar. Itu adalah life yang menggembirakan.
Aku bersetuju. Tapi sampai bila? Kemudian apa? Adakah itu sahaja matlamat hidup
kita? Menggembirakan diri sendiri?
Bagiku life yang sebenar-benarnya adalah apabila
pesakit datang memeluk kamu sambil berkata terima kasih doktor kerana menjaga
saya sepanjang disini.
Lalu dia mengangkat tangan ke langit sambil
mendoakan kesejateraan kamu. Sebelum melangkah pulang, dia sempat memberikan
kamu sebungkus buah ciku yang suaminya bawa dari kampung sebagai tanda ingatan.
Nikmat mana yang mahu aku dustakan.
Mungkin ada yang rasa kehidupan di dunia ini tak
'best' sebab perlu korbankan banyak benda dan perkara tapi aku yakin pada janji
Dia. Semua pengorbanan kita pasti dikira satu persatu walau sebesar zarah nilai
atau saiznya. Kegembiraan di dunia ini hakikatnya sementara. Kita lupa yang
kegembiraan yang kekal selama-lamanya hanya di 'sana'.
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini
(meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupn
akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya
negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka
mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak melupakan hari akhirat)."
(Al- Ankabut; Ayat 64)
Comments
Post a Comment