It's Not Fine

6 March 2017

Meaningless jokes, talking back and forth,
I look like I'm fine among people
I smile pretending like I'm dull

When a day, a month, a year passes
We each live different lives
#Fine


Eih entry baru time tengahari?

Ye agak random dan aku pun ade cakap yang aku akan masuk balik blog bila dah habis asasi tapi guess what?

Aku rindu. Nak cakap sorang-sorang. Somehow bila aku dah sampai gaya entahpape macam ni maksudnya aku dah di limit maximum. Aku sedih dengan belajar benda-benda payah. Aku sedih dengan makan tak selera macam dulu (tapi aku tetap makan ek eleh), dan paling utama, aku sedih dengan kawan-kawan sekarang.


Budak macam ni boleh sedih?

Aku tak tahu nak explain macam mana. Aku rasa macam malas nak senyum ada tapi itulah, bila aku tak senyum orang kata aku stress, aku depressed, aku tengah marah someone ke tapi sebenarnya tak. Aku kadang-kadang tak boleh digest kenapa aku macam ni. Mungkin betul, aku stress.. sebab belajar kot. And aku rindu orang peluk aku dulu baru aku peluk orang lain (Aku cakap pasal kau, Nab huhuhu rindu kau) 


Mostly, aku letih jadi seorang yang.. periang. Aku tak nak orang baca entry ni tapi jika sesiapa tengah lalui situasi sama dengan aku, harap kita berdua tabah *lap hingus*
Sepanjang berada di asasi, aku tak pernah terkeluar ayat ni tapi minggu lepas,terkeluar jugak ayat ni which is aku pun tak percaya..

"Cepatlah habis asasi"

Nangis. Serious, Aku enjoy sangat duduk kat sini, aku akan rindu setiap moment dengan classmates, housemates dan geng aku. Aku rindu dan aku sayang diorang. Mungkin sedih sebab nak berpisah dengan diorang kot. Ye la, manatau aku je bertepuk sebelah tangan. Tak kot hmm ..

Tapikan, aku mana boleh terus sedih, muram macam ni. Aku yakin, ada orang suka tengok aku senyum, suka tengok aku happy dan riang je most of time. Mungkin bagi dia, aku ni bagi positive energy kat dia. Kalau macam tu, aku akan terus nak happy lah. At least, ada orang appreciate aku punya positive energy. #Sisperasan

Yup, aku akan tetap senyum, kawan. Ribut taufan macam mana pun life aku dan semua orang, kita tetap ada Allah. Dia Yang Satu, Dia Yang Maha Mendengar dan sentiasa ada untuk kita. Ujian hidup ni bukan suatu kesulitan untuk kita tapi sebenarnya untuk mendewasakan kita. Mungkin aku kene adapt dengan situasi sekarang bahawa aku dah 19 tahu. Dah cukup besar untuk survive di dunia yang semakin tua.

Doakan aku baik-baik. Itu je aku mintak dan semoga Allah merahmati kita semua.
Terus senyum tau!

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman," (Ali Imraan:139)

Comments