My Housemates, My Family
25 Mei 2016
“Assalamualaikum”
Ayat pertama keluar apabila aku masuk ke dalam rumah. Ade barang-barang
atas meja. Cantik meja study. Aku melangkah masuk dalam bilik. Oh, tak sangka
student yang aku naik lif sama-sama tadi bakal roommate aku. Hmmm menarik.
Hari-hari di asasi tak pernah bosan. Hari-hari kita semua
gelak sama-sama, makan sama-sama, belajar sama-sama, tengok movie sama-sama,
aku tak nak dan tak akan lupa. Aku tak tahu nak cakap pasal apa sebab koranglah
antara kawan rapat aku di sini.
La, of course. Duduk dalam tandas pun nyanyi sama-sama.
Sembang sebelah gitu je dalam tandas especially dengan sarah. Semua cerita
menarik yang berlaku hari tu akan diceritakan. Lawak tapi haru.
To: Nurul Nadia. My beloved Roommate.
“Korang still guna saya-awak bila cakap. Kau cakap dengan
sarah guna aku-kau”
Ok, sumpah aku dengan Nadia paling pelik dalam rumah. Cakap
guna saya-awak sampai sekarang. Sembang pun sopan. Kalau kasar tu dah sampai tahap lawak sangat
la kot. Pasal Nadia ni, both of us boleh tidur dalam lampu bukak. Nadia okey
kalau aku bukak lampu, aku pun okey. Lepas setiap test,waktu malam, Nadia dah
ready atas katil layan drama. Rewatch drama sama pun ade. Boys Over Flower yang
aku copy letak dalam laptop dia. Kalau tengok dia gelak malam-malam tu, aku dah
boleh agak
Ada kisah lawak jugak masa sem 1, Nadia pasang lagu raya masa
study. Huish, aku makin bersemangat la nak study weih. Mood Raya On. Tak sabar
nak jumpa family kan. Tapi sebab Nadia pasang lagu jugak, satu rumah karaoke
lagu raya. Paling tak boleh blah, aku request dia search lagu Cahaya Aidilfitri.
Say uterus satu rumah kah kah kah. Thanks to Nadia.
Hmmm, nak puji satu pasal Nadia boleh? Aku bersyukur dapat
Nadia sebagai roommate aku. Boleh cakap almost everyday, Nadia baca surah
Yaasin lepas Subuh, waktu maghrib tak pernah tinggal Al-Quran. Patutlah bilik
aku rasa sejuk je bila nak tidur ceh ceh ceh. Weih, sumpah sayang kau, Nadia. Adakah
nanti degree aku akan dapat roommate macam kau? =’(
To: Nurul Fatiha
“Macam sombong dia sikit”
Fatiha, kau ni pelik sikit. Straight to the point. Mula-mula
jumpa sumpah senyap gila. Tapi lepas serumah dengan kau, aku rasa menyesal kot.
Ceh, aku menyesal tuduh kau sombong.
Pergh. Kau sumpah dengan O’on paling lawak bila sembang. Bising weih
rumah tapi tulah penyeri. Cehehe. Firstly, aku nak mintak maaf pasal selalu
gigit kau. Weih aku rasa nanti habis asasi memang kau rasa tak puas hati kot
sebab tak dapat nak balas dendam. Sorry not sorry.
Fakta manarik yang aku tahu
pasal kau ; Peminat tegar Hello Kitty. Even laptop kau yang aku guna sekarang ,
wallpaper hello kitty -_-“ . Kita dua selalu mention each other kat twitter dan
instagram pasal kucing. Ni menarik, kucing nangis ke, tengah comel ke, tengah
menguap ke mesti mention. Sebab tulah kadang-kadang, aku panggil kau ‘Meow’
instead of Fatiha *facepalm* Kau comel sangatlah, Fatiha. Aku harap last day
asasi aku dapt gigit lengan kau buat kali terakhir. Terima kasih sebab
selalu bagi aku tumpang katil dan dengar kisah aku dengan crush aku. Mesti kau pun rasa bengang dengan crush aku sebab tak paham hint aku bagi kang?
To: Nurul Farhanis aka O'on.
Woih, macam nak type O'on ni? Betul ke aku dah type? Pelik bila sebulan dua bulan serumah, kau kata..
" Weih, panggil lah aku O'on. Jangan guna Farhanis"
Satu rumah be like *pandang each other* And sejak dari itu, nama farhanis dah tak terkeluar dari mulut masing-masing. Kadang-kadang aku sindir panggil ' U'un berserta syaddah sabdu. Pasal kau, serious memang otai dalam semua subjek. Tapi warning yang selalu dapat dari Fatiha..
"Kalau kau nak dia ajar, jangan takut kene marah la"
Ok aku terhibur, tapi sepanjang O'on mengajar, tak pernah terkeluar aura marah, kau tegas je tapi ilmu sampai weih TT_TT. Aku selalu mudah terhibur dengar kau gelak, kau gelak pelik sikit kot. Aku akan rindu suara kau nyanyi lagu-lagu english feat Fatiha. Kadang-kadang aku pun join, kalau aku tahu lagu tu. Serious lah, aku harap, nanti degree ade orang boleh ajar aku macam kau =)
To: Nur Aina Yasmin
"Bohong ngak aih"
Wuish dia punya kedah keluar habis. Aina ni pun baik, sopan je. Mula-mula sembang, guna kita-awak .__. Tapi lepas dah sebilik dengan sarah, no more "kita-awak". Okey, kami bukan bad influence. Pasal Aina ni, aku berterima kasih kat dia sebab selalu nasihat benda-benda baik. Share benda-benda yang mostly aku tak tahu. Paling aku suka bila dia share pasal video Jeans Vs Skirt. Short film tu basically sangat2 relate dengan kehidupan kita semua as remaja.
"Apa apa pun, sebelum buat keputusan, yang pertama aku akan fikir yang aku adalah wanita Islam. Adakah Allah suka jika aku buat macam ni. Aku akan fikir benda tu dan lepas tu aku fikir tentang parents aku. Aku kena jaga air muka mak ayah aku,"
Pesanan yang aku akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih aina sebab menjadi housemate baik. Kita dua je dari sekolah harian biasa dalam rumah (ceh bajet sedih). And maaf, sebab selalu geletek2 dan peluk2 kau even kau geli. Kesian kau dapat housemate macam aku. Lastly, aku cuba untuk mencari hadiah yang terbaik untuk kau. Wait eih =)
"Apa apa pun, sebelum buat keputusan, yang pertama aku akan fikir yang aku adalah wanita Islam. Adakah Allah suka jika aku buat macam ni. Aku akan fikir benda tu dan lepas tu aku fikir tentang parents aku. Aku kena jaga air muka mak ayah aku,"
Pesanan yang aku akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih aina sebab menjadi housemate baik. Kita dua je dari sekolah harian biasa dalam rumah (ceh bajet sedih). And maaf, sebab selalu geletek2 dan peluk2 kau even kau geli. Kesian kau dapat housemate macam aku. Lastly, aku cuba untuk mencari hadiah yang terbaik untuk kau. Wait eih =)
To: Sarah Dini
"Awak group ape?"
"Aku group A7"
"Weih same la"
*slap high 5
Sarah, aku tak boleh bayang kalau tak satu group dengan kau. Aku mesti malu sangat2 nak masuk kelas sebab aku sangat introvert (agaknya pada awal cerita la). Nasib baik ada kau, aku macam boleh interact dengan orang lain. Asal bangun pagi, kejut each other sebab pergi kelas sama-sama, even partner for assignment dari sem 1. Ayat kau paling kejam..
"Kau nak partner dengan aku kan?"
Sarah, to be honest, aku tak pernah bosan menjadi partner sejati kau. Lagi senang la partner dengan housemates, senang nak bincang, senang nak jumpa dan senang nak decide tugasan. Lagipun kau rajin, aku je takut kau bosan partner dengan aku (ceh). Dah la kita selalu gossip dalam rumah pasal class, cerita-cerita menarik pasal crush, even mengadu geram pasal crush =P
Benda paling aku bahagia adalah dapat housemate sebagai classmate, deskmate dan partner untuk makan jugak. Hahahaha. Dan kau selalu bagi nasihat. Tak putus. Jadi aku terfikir lah, agaknya ada ke orang nanti yang tahan perangai macam aku ni nanti?
Dear Housemates,
Hari-hari sebelum, hari-hari semasa dan hari-hari selepas program asasi ni, aku akan ingat. Aku akan treasure, aku akan tunggu mesej " Weih rindu la nak buat gila2". Kita cukup rapat sampai sepak ala2 manja cehh (bukan buli), selalu menganjing each other dan tolong menolong especially dalam membasuh tandas =P .
No more words. Aku just nak bagitau aku akan rindu korang. Korang la first strangers yang duduk serumah dengan aku, dan selalu layan aku. Even konon2 cakap...
"Kalau takde ain, rumah mesti tak kecoh"
Cehh, ye aku tahu yang aku ni budak best #perasan tapi yang penting, koranglah jugak support system aku di sini. Ajar aku untuk tak give up bila gagal dan ready untuk ajar aku. Terima kasih sangat2. Aku doakan korang sentiasa berjaya selepas ini dan jumpa dengan orang-orang yang baik.
Assalamualaikum, my family. Kita jumpa lagi dengan izin Allah.
Comments
Post a Comment