Fle'urist Library (Part 2)





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah sekian aku tak tulis entry 'dari hati ke hati' (Bukan entry jiwang) dan untuk entry kali ini, saya akan kongsi beberapa buku yang telah saya beli pada bulan yang lalu. Terdetik di hati rasa syukur dan bertuah sebab dapat membeli buku lagi =') 


Honestly, beli buku ni bukan minat aku sebenarnya sebab aku selalu guna duit untuk beli makanan :/ 
Tetapi, selepas mendapat kesedaran pada tahun 2015, aku pun guna duit untuk membeli buku dan untuk pengetahuan anda, setakat ni aku dah ada 15 Buku and I'm proud of it sebab mostly, semua buku aku beli guna duit sendiri. Alhamdulillah.

Fle'urist Library Part 1 ]


Fle'urist Library Part 2. Let's begin now!

Dance In The Rain

"Kenapa Mujahadah itu pahit? Kerana Syurga itu manis"

Serious, jatuh cinta dengan buku ni sebab sangat special untuk kaum hawa di luar sana. Buku ni sangat sangat sangat cantik sebab colourful dan ada macam2 cerita yang best. Baru baca sikit masa mula-mula beli buku ni. Sekarang tengah baca buku lain tapi dah rindu buku ni. Tunggu saya, awak =')


Diagnosis3 : Mortuari

Koleksi Diagnosis bertambah lagi! Diagnosis Apokalips tak beli lagi sebab Diagnosis3 keluar awal dulu maka aku berhajat nak beli Diagnosis Apokalips sekali dengan Resus:Harapan Masih Ada , (nanti dah ada bajet) TT TT. From review orang yang dah baca buku ni, semua kata best, tak rugi beli dan macam-macam lagi so aku pun rasa macam tu biarpun aku tak baca lagi. 

Tengok cover pun dah macam best dan aku pernah ada pengalaman pergi ke Mortuari atau Bilik Mayat kalu kita nak sebut. Aku pernah pergi masa lawatan kelas ke HUSM. Memang best dan rindu nak pergi semula sebab banyak aku belajar masa lawatan itu.


Goncang Sebelum Guna



Satu Sudu Teh Selepas Makan

Mesti curious dengan tajuk buku-buku ni, kan? Cover dua buku ni sangat cantik dan dalamnya of course cantik juga. Yang penting, kita dapat ibrah melalui pembacaan buku-buku. Basically buku ini beralkisah tentang pengalaman para doktor dalam berurusan dengan pesakit-pesakit dalam kehidupan seharian. Tak boleh nak cerita panjang lebar sebab tak baca lagi ..hahaa 


Anatomi : Aku Budak Medik 1.0

Masa buku ni sampai dengan Goncang Sebelum Guna, Satu Sudu Teh Selepas Makan , memang gembira sangat sebab 3 buku ni pertama kali beli online sebab 3 buku ini tiada di kedai buku. Tak tipu.. (harap ada la nanti di Popular dan MPH). Buku Anatomi: Aku Budak Medik 1.0 adalah kisah pelajar-pelajar medik atau kita boleh gelar mereka sebagai bakal-bakal doktor yang akan berjuang untuk membantu pesakit-pesakit. Semoga Allah merahmati mereka dan memberkati usaha mereka


Maka, berakhirlah Fle'urist Library Part 2. In sha Allah, entry akan datang tentang buku-buku terbaru lagi. Visit My Wishlist Books sebab aku selalu update kalau jumpa buku-buku yang best.
In sha Allah, kita jumpa lagi entry lain. Assalamualaikum dan selamat malam.




Comments

  1. Assalamualaikum awak beli buku Ni online ke apa? Kita tak jumpa lagi kedai jual bukusatu sudu Teh selepas makan Dan aku budak medik huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam .. yg buku anatomi, satu sudu teh dgn goncang sebelum guna sy beli online.. awk boleh cari kat fb Kata-Pilar Books

      Delete

Post a Comment