Fle'urist Library (Part 1)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad. Semoga Allah merahmati kita semua. Alhamdulillah, saya kembali di laman blog yang terchenta ini selepas seminggu keputusan SPM 2015. Tahniah kepada semua rakan seperjuangan di seluruh Malaysia kerana berjaya mendapat keputusan. Again, Alhamdulillah.. I did get a good result eventhough my result didn't achieve the school's target.


 Hari ni, aku nak buat special entry tentang buku-buku yang best and memamg aku sangat sayang. Mula-mula dapat buku baru,aku akan hidu buku tu and aku sentuh kulit depan  TT TT  hehe orang kata weird habits sampai kakak aku kata "makan la buku tu.." Well, as if I care..hahaha

                                    Okay, Let's begin with my first favourite book.


Diagnosis2

Diagnosis2 adalah buku tentang perjuangan pahit, manis, suka dan duka tentang kehidupan doktor-doktor daripada pelbagai bidang. Sesungguhnya, dulu aku pernah post tentang buku ini dalam entry lama tapi masa dalam english ver. ceh.. sungguh, aku masa tu nak improve language skill for SPM examination. Back to the topic, buku ini sangat menarik..banyak perkara aku tahu tentang nama-nama penyakit, cara nak rawat penyakit and ada juga cerpen yang dikarang dalam english (Mostly Dr.Beni karang dalam bahasa Inggeris).


Diagnosis bukan novel yang satu plot sama tapi kumpulan cerpen yang berbeza dikarang oleh 7 orang doktor. Buku ni sungguh memberi inspirasi kepada aku especially cerpen Dr. Azzah tentang perjuangan doktor pelatih yang tak mudah berputus asa. Ade jugak tumpah air mata time baca cerpen-cerpen dalam buku ni TT TT


The Other Side Of The Coin

 Sebuah buku motivasi hebat yang dikarang Aiman Azlan dan Ameen Misran , pakar motivasi yang berpengalaman dan blogger yang famous yang memberi inspirasi kepada masyarakat. Daripada kisah cinta,keluarga, tentang belajar..semua ada dalam buku ni dan apa yang aku boleh kata, buku ni sangat membuka minda aku.


Favourite story dalam buku ni adalah tentang gaya belajar kita. Adakah ingin memenuhi kehendak Allah atau kehendak manusia di dunia ini? Dan dalam buku ni juga, terdapat puisi-puisi dan sajak-sajak yang menarik dan sungguh menyentuh hati aku. Tentang Rasulullah SAW, wanita,rakan-rakan dan ibu bapa. Belilah buku ni..sungguh tak rugi punya.




#Chenta

Tiada apa-apa yang istimewa dengan kumpulan cerpen Inche Gabbana ini. Ia hanyalah sebuah buku yang mengumpulkan cerit-cerita pendek nukilan Inche Gabbana.Err. Obviously kot?Cerita-cerita pendek dengan pelbagai tema- kehidupan, agama, kekeluargaan, persahabatan dan sudah tentu chenta - ini ditulis bukan sekadar mahu menghiburkan tetapi lebih daripada itu, menghidupkan.Kerana itulah '#Chenta' dipilih sebagai tajuk buku ini. Kerana chentalah yang menghidupkan kita. Dan kita hidup kerana chenta-Nya. Senyum. 


Aku copy paste ayat dari cover belakang buku and yes, absolutely I agree with the short synopsis about this book. Alhamdulillah, dah khatam buku ini..aku banyak terkejut dengan cerpen dalam buku ni, macam bawa aku ke dunia lain and aku ade rase sedih sebab cerita yang sangat sedih (?). Ada 24 cerpen dan semua best. Tak tipu..




Anthem

 Ha! Cakap pasal Hlovate..mostly ramai kenal dengan penulisan beliau yang mantap.Until now, aku tak tahu siapa Hlovate tu sebenar. Nama pena beliau unik.. Hate + Love = Hlovate . Umumnya, my sister peminat novel dia and kat rumah, ade banyak novel karya beliau but I love this one, Anthem. I can't deny but this novel taught me about Penghijrahan.


I mean the real penghijrahan. Novel ini tersangat menyentuh hati aku betapa kuatnya seseorang ingin berubah dari seorang yang jahil ke seorang yang baik. Betapa banyak halangan yang dilalui oleh seorang Nur Dania Dashrin terutamanya ibu bapa dia.

Everybody has a past
Everybody lives a present
Everybody deserves a future 
Quote yang paling aku suka dalam novel ni. Memang jadi pedoman kepada aku untuk terus berubah dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar redha Allah.

 Setakat itu sahaja tentang entry hari ini. Ada banyak lagi buku-buku yang nak aku ceritakan tapi sebab entry ni dah panjang so aku akan buat Fle'urist Library Part 2. In sha Allah, aku akan pilih cerpen yang paling terbaik untuk aku tulis dalam entry yang akan datang. Aku akan mula dengan cerpen dalam buku Diagnosis2.. so stay tune. In sha Allah semoga kita bertemu lagi. Stay healthy and happy semua. May Allah bless you. Sekian, terima kasih

        

 Assalamualaikum ..        


Comments