It's tomorrow

Assalamualaikum dan salam sejatera semua. Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana aku dapat sambung menulis di blog terchenta ini. Alahumma solli ala sayyidina Muhammad, semoga kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW di Hari Akhirat kelak.

2 March 2016.

Tak sangka dah masuk bulan March..bulan menakutkan bagi students SPM 2015 termasuklah aku. Jujurlah aku katakan.. sebenarnya aku pun berdebar jugak sampai sesak nafas. Aku tak harap pun dapat straight A's sebenarnya apatah lagi straight A's+ sebab bagi aku,itu mustahil sebab Ain tak sebijak yang kawan-kawan sangkakan. Aku pun sebenarnya dah jemuh dengar ayat kawan-kawan -_-

"Orang bijak nak buat macam mana.. orang macam kita ni lain,"

Bila aku cerita pasal sejarah lama, mereka tak percaya sangat. Dulu, aku tak pernah fikir pasal pentingnya belajar. Aku tak pernah fikir pun pasal cita-cita. Yang aku tahu, tiap-tiap petang aku akan keluar pergi bermain dengan kawan. Ya, ni cerita zaman darjah 4. Bila fikir balik.. aku tak menyesal pun jadi bodoh masa dulu sebab aku cipta memori zaman kanak-kanak yang mana tak semua orang pun lalui zaman ini (aku still tak pakai tudung masa tu). Nowadays, kids are busy with their phones and internet. 

Namun, family aku terpaksa pindah dari Gua Musang ke Kota Bharu. Sungguh,berat hati aku nak tinggal tempat itu. Tempat aku membesar sebagai seorang budak yang periang dan gembira. Tapi bila berpindah, aku decided untuk pakai tudung. Bila sekolah di sini, aku berada di kelas ketiga (sebelum pindah, aku kelas pertama tapi dapat no. 36/38..hehehe) Memang aku deserved turun kelas sebab aku tak pandai pun belajar. Sejak itu lah.. aku berubah. Betul ada orang kata, pujian menyebabkan kita bersemangat. Setiap kali exam, aku selalu dapat no. 1 (Masa darjah 5). Aku pun tak tahu macam mana aku boleh berubah drastik macam tu. So, bila dah darjah 6, aku dapat masuk kelas pertama and aku dapat 5A dalam UPSR.

Sebenarnya aku tak bijak tapi aku ni jenis tak mudah putus asa. Aku sedar yang aku tak bijak sebab itulah aku tak nak putus asa bila bab pelajaran. Aku lambat pick up satu hal, dah la pendengaran tak berapa baik ( Faktor pakai headphone 24 jam kot..) . Okey Tamat. Sebenarnya, esok result spm dah keluar. Aku memang dah plan nak buat entry baru sebelum result spm takut lepas result spm aku tak bersemangat nak update blog and mungkin blog ini akan dihapuskan (Yang ni mustahil aku nak buat). Firstly, aku nak ucap tahniah kepada semua kawan seperjuangan di seluruh Malaysia kerana kita berjaya mengakhiri alam persekolahan dengan jayanya, Alhamdulillah...

Despite everything, I hope we will happy with our result. Semoga kita berasa cukup dan bersyukur dengan result spm yang kita bakal dapat. Terima kasih atas segalanya dan maafkan salah silap aku selama ini.Good luck,everyone. Be happy and stay cheerful

5 AMANAH 2015


May Allah Bless us..amin



Comments