Life By Dr. Fatin Liyana (Diagnosis2) Part 2





Oh macam I was left with no options. Aku akui, aku enjoy belajar tentang human body. It's like you are discovering yourself, and getting to know your body better via thick books and those unhumane medical jargon. Lagipun belajar tentang physiology and pathology manusia adalah ibarat mengkaji ciptaan Allah. Lebih banyak kita tahru, lebih kagum kita dengan ciptaanNya. Betul kata orang, ia adalah kerjaya antara dua dunia.


Walaupun sering dikatakan nerd. Buku sentiasa di tangan. Tiada life, tidak tahu enjoy kehidupan. Tidak kisah penampilan kerana terlalu sibuk di hospital.


Tapi. Itu gambaran masyarakat. Bukan gambaran aku. This is my life. I decided what I want to do. Nobody can make me feel helpless without my consent. Aku tidak mahu menjadi stereotype. Aku bersetuju, menjadi doktor memerlukan pengorbanan jiwa raga dan masa. Tapi, aku juga mempunyai 'kehidupan' di luar sana. Diluar waktu bekerja, aku juga sama seperti kalian. Ingin aku ajukan kembali satu soalan ini kepada kalian.


Apabila kami sering dikatakan 'tiada life'..Define 'life'?


Adakah life bermaksud memenuhi jemputan majlis perkahwinan dan kenduri kendara pada hujung minggu, hang out di shopping mall dengan memakai pakaian fashion yang up-to-date dan chill out di cafe' ternama bersama teman-teman baik sambil bercerita tentang gossip terkini?


Ya benar. Itu adalah life yang menggembirakan. Aku bersetuju. Tapi sampai bila? Kemudian apa? Adakah itu sahaja matlamat hidup kita? Menggembirakan diri sendiri?


Bagiku life yang sebenar-benarnya adalah apabila pesakit datang memeluk kamu sambil berkata terima kasih doktor kerana menjaga saya sepanjang disini.


Lalu dia mengangkat tangan ke langit sambil mendoakan kesejateraan kamu. Sebelum melangkah pulang, dia sempat memberikan kamu sebungkus buah ciku yang suaminya bawa dari kampung sebagai tanda ingatan.


Nikmat mana yang mahu aku dustakan.

Mungkin ada yang rasa kehidupan di dunia ini tak 'best' sebab perlu korbankan banyak benda dan perkara tapi aku yakin pada janji Dia. Semua pengorbanan kita pasti dikira satu persatu walau sebesar zarah nilai atau saiznya. Kegembiraan di dunia ini hakikatnya sementara. Kita lupa yang kegembiraan yang kekal selama-lamanya hanya di 'sana'.


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupn akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak melupakan hari akhirat)."

(Al- Ankabut; Ayat 64)

Comments