Life By Dr. Fatin Liyana (Diagnosis2) Part 1



"KENAPA AMBIL MEDIC?"
"BUDAK MEDIC TAKDE LIFE"

Itulah reaksi yang biasa aku terima apabila ditanya kenapa memilih kerjaya sebagai seorang doktor.


Aku berasal dari kerluarga biasa. Tiada latar belakang kedoktoran. Sumpah masa kecil, kerjaya yang paling aku benci adalah doktor. Kenapa? Kerana aku ada white coat syndrome. Bila ternampak doktor dan jubah putihnya, aku terbayang jarum. Jarum equals to bahaya. Jika bahaya maka haruslah melarikan diri. Jadi sejak kecil memang jarang sekali aku jejakkan kaki ke klinik. Selagi tak keluar air mata darah, selagi itu klinik di Malaysia ini tidak akan menerima kunjungan rasmiku hehe.


Kalau sesiapa masih ingat, masa kita kecil-kecil dulu, ak salah aku masa darjah satu. Ada satu kad besar berwarna kuning cair yang guru akan berikan pada setiap murid. Pada muka surat belakang sekali, ada satu kolum untuk ruangan cita-cita.


Murid-murid harus isikan 3 cita-cita mereka dan nyatakan sebab mengapa mereka memilih kerjaya tersebut.


Sumpah aku stress semasa hendak mengisi ruangan tersebut. Walaupun masa itu darjah satu, tetapi sudah pandai stress juga ya. Aku runsing kerana cit-cita aku adalah tidak mahu menjadi dewasa. Menurut fikiranku, jika aku tidak menjadi dewasa, maka aku tidak perlu mempunyai cit-cita dan bekerja. Aku boleh teruskan bermain dengan play-doh, menguli the overpriced tanah liat menjadi bentuk donut, burger dan sebagainya.


Sehinggalah aku menuntut di sekolah menengah, aku masih tidak mempunyai sebarang cit-cita. Walaupun begitu, aku sentiasa berikan yang terbaik dalam setiap peperiksaan. Bagiku, tanggungjawab seorang anak adalah menggembirakan ibu bapa. Bagaimana seorang anak dapat menggembirakan ibu bapa selain daripada membelikan mereka hadiah keyika harijadi? Ya tentulah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Simple.


Semuanya terjadi semasa aku menuntut di Matrikulasi Negeri Sembilan. Ketika itu, aku sudah berada di penghujung semester akhir. Borang UPU harus diisi dengan jurusan pilihan untuk memastikan diri ini mendapat tempat di Universiti kelak. Persoalannya adalah... jurusan apa?


Lapan ruangan di borang UPU dibiarkan kosong. Aku mula resah, keliru dengan perjalanan hidup.
Aku paling pening dengan matematik, separuh nyawa membuat additional math ketika form 5. Kalau diingatkan kembali, boleh seizure (sawan) aku dibuatnya. Out


Chemistry. Jadual berkala segala, ion this ion that. Semua venda kena imagine. When u add this to that it became pooffff. Out


Physics. Bernoulli principle, Archimedes principle. The only principle that I care is my principle in life. Which is 'Work Hard and Stay Humble' heh. Out.


Law. Aku tak suka argue dengan orang. Kalau boleh dengan semua orang aku nak setuju. Tak suka gaduh-gaduh hehe.


Sports? Kulit menjadi allergic apabila kena panas dan berpeluh secara berlebihan. Out



TO BE CONTINUED IN PART 2

Comments