To : A7 Brothers

To : A7 Bro

"Friends are family that you choose but you never choose us, you accepted us the way we are,"
-Nik Arfi-


-Nik, Zikry, Zahin, Aqil, Aziz, Fitri, Immad, Kamil, Afiq, Alif-

Eish, 8 orang budak laki? Lagi sikit dari zaman sekolah.

Entah macam mana aku tak tahu nak start al-kisah korang yang tak berape legendary sangat. Kisah dia macam ni, korang ni lawak pelik(?) Ada je benda yang korang gelak, yang kami perempuan pun tak tahu. Ada jugak lah masanya bila korang gelak, sampai ke aku ter’effect’ kat aku. Gaya korang gelak kot buat aku terhibur.

Nama group korang masa sem 1 : A7 Bro. Masuk sem 2, A7 sahaja. Ewah pandai nak confusekan aku (kan aziz?) Dahlah banyak mengumpat dalam group tu tapi nasib baik la aku tak tahu content group tu (sis curious jugak). Ha, apa korang expect aku nak tulis dalam blog ni pasal korang? 

Aku tak mungkin mampu describe everyone tapi yang penting korang semua ni baik *thumbs up*

Orang yang first aku cakap? Nik Arfi. Kenal tu pun sebab twitter. Masa masuk kelas mula-mula sekali pun aku tak kenal jugak dia. Senang cerita tak cam. Pastu ditakdirkan group lab bio, aku satu group dengan zahin dan fitri. Pun aku tak cam. Senang cerita, aku tak dapat nak kenal muka orang masa first day. 

Korang pun mana ingat aku -_-“  

*Weih tak tahu nak cakap apa pasal korang =’) Takut salah cakap pun ada. Ceh
Sebenarnya, kalau diberi chance untuk tukar group, memang aku akan peluk kaki kerusi tanda tak nak sebab korang elok je dengan semua orang. Marah, main sentap-sentap tu biaslah, kawan kan katanya (tapi tak elok untuk mencarut huhu ^^;;; )

Ha, jarang jugaklah nak dengar korang panggil aku dengan 
nama Ain kecuali masa mula-mula kenal –Paling legend, Zahin panggil aku dengan nama Ahsanah which is dilarang oleh aku hahahahaa 
Orang paling bising? Award ni jatuh pada Zikry. Kene terharu weih sebab aku rasa even kau bising, tapi tulah kadang – kadang buat semua A7 Ribena Kids terhibur. Pasal korang jugak, korang semua okey je nak buat program. 

Miss : Jom buat program derma darah
A7: ON! 

Even asal program kita derma darah tapi korang ada bersemangat tambah bagi cadangan buat Della 
Corsa dan Ceramah. Salute habis lah kat korang sebab korang rajin je join budak perempuan gunting 
kain, angkat kerusi dan menari zumba ntahapanantahlah *facepalm* Then, festival asasi, korang turun padang jugak jaga booth, promote kat member, jual nasi lemak merata which is aku bangga sebab ada member macam korang. 


Aqil, Nik, Immad
- Trio legend kot. Jenis kelakar tapi muka still rilek je (macam mana boleh maintain muka macam tu). 
Aku suka dengar aqil cakap kedah sbb lain sikit bunyi. Respect kau punya usaha nak cakap Kelantan tapi 
ended up aku tergelak sebab kau still bunyi kedah. Immad, aku nampak muka kau selalu terkejut, sampai buat aku tergelak pun ada. Tapi ada je muka kau time rilek. Nasib lah kau selalu kene bahan 
pasal misai tapi kiteorang terhibur je la. #GoodLeader habis. Nik, Impress habis aku bila dapat tahu kau dapat play multiple instruments and do other things. And I’m waiting for one day that we can speak Kelantan tanpa rasa nak gelak. Mujur lah aku pehe -_-“


Aziz, Fitri, Zahin.
Aziz, aku tak pernah jumpa kot lelaki suka benda-benda macam anime tapi kira power lah. At least ada jugaklah certain anime yang aku bajet tau, boleh share dengan hang. Thank you for many advice and nasihat yang acah-acah jangan give up pada crush hek. Zahin, tak marah pun kau panggil aku nama Ahsanah tapi rasa lawak la sikit sebab semua orang time tu guna Ain so aku lipat maut je la time tu dengar kau panggil. Fitri,banyak merapu time buat lab bio tapi sangat rajin kalau bab buat soalan discussion. Best je rasa jumpa orang yang kenal Inche Gabbana. 


Alif, Zikry.
Zikry, kau tak de la bising sangat tapi high pitch je bila time gelak tu yang semua lipat maut tengok kau. Aku macam biasa la, facepalm je la dengar kau punya suara macam 100 decibels. Terima kasih sebab banyak buat program demi A7 sejagat even kita dua sem je =’) Alif, aka A-daun~ muka kau time pelik memang lah salute habiz. Puji sikit dah buat muka pelik, layan je la aku pun. Nnati habis asasi, jangan sedih berpisah dengan Aya.


Kamil, Afiq
Korang dua newcomers tapi cepat je ngam dengan kiteorg especially Afiq. Suka tengok kau cuba nak 
approach kami, A7 dan kami happy je dapat korang sebagai kawan baru, Yeay. Terima kasih jadi secret santa aku dan pandai kau pilih buku. Lukisan muka ‘Ustazah’ tu sumpah tak boleh bla dan ye la, macam termaktub dalam kad tu, kau comel la #sikitjekot . Kamil, pengalaman lab dengan kau, banyak sangat muka terkejut kau  0_0 (Ha, ni la kau). Selalu datang awal sampai buat aku rasa bersalah kalau terturun lambat -.-“ Thanks for being member yang rajin


Tamatlah alkisah pasal korang dan aku tak sangka aku mampu describe. Yeah! Akhir kata, aku akan rindu gelak meriah korang, keakraban sesame korang sebagai kawan sebab aku suka tengok korang makan sama-sama. Nampak comel pun ada. Terima kasih sebab jadi kawan yang baik, yang membantu dalam semua perkara. Kalau ditakdirkan kita jumpa lagi, tegurlah tak pun boleh sound je dari ‘Weih Ustazah’ 

(=_=’)
 No hal kot tapi aku takkan tengok lah buat gaya tak kenal hahahahahaa. 

Semoga korang Berjaya dalam mengejar cita-cita dan menjadi anak yang soleh. Last pujian? Korang semua handsome-kot-bolehlah #Boek. 

Assalamualaikum dan semoga kita berjumpa lagi, sahabat sekalian! 

Comments